Judul : KERANA ARWAH HARON DIN , AMK & PAN KUTUK PENGERUSI PKR NEGERI
link : KERANA ARWAH HARON DIN , AMK & PAN KUTUK PENGERUSI PKR NEGERI
KERANA ARWAH HARON DIN , AMK & PAN KUTUK PENGERUSI PKR NEGERI
Nampaknya Jeff Ooi DAP, Ahli Parlimen Jelutong Pulau Pinang, masih lagi berdegil dan tidak mahu meminta maaf ke atas keculaparan dan kurang ajar beliau. Kita juga menyaksikan puak DAP yang memutar belitkan kenyataan sendiri untuk melepaskan diri daripada isu yang dikutuk keras oleh umat Islam sama ada mereka pro-UMNO atau pun pro-PAS.Sebelum ini, media melaporkan Jeff DAP berkata twitter dia kena godam & kena photoshop :
Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi berkata, kenyataannya yang didakwa menghina Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din adalah “kerja photoshop” pihak tertentu.
http://ift.tt/2cQyGkNDan kemudian, Lim Guan Eng No Swimming Pool pula berkata :
DAP kesal dengan kenyataan tidak sensitif Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi berhubung kembalinya ke rahmatullah Mursyidul-Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din semalam. Saya ingin memaklumkan bahawa Saudara JEFF TELAH MEMADAMKAN PERKONGSIAN TWITTER TERBABIT.So, yang mana satu benar?
Malah, kenyataan Lim Guan Eng DAP yang hanya sekadar 'berasa kesal' dan Jeff Ooi 'memadamkan twitter' sahaja tanpa tindakan serius ke atas Jeff Ooi juga amat dikesali. Mereka mesti meminta maaf secara terbuka dan Jeff Ooi patut meletakkan jawatan.
UMNO dan PAS telah mengkritik keras kenyataan melampau ahli politik DAP ini tetapi kita amat kecewa kerana DAP tidak bertindak keras ke atas Jeff Ooi kerana ini bukannya yang pertama bagi ahli parlimen DAP ini. Beliau telah menghina pekerja-pekerja MPPP dengan mengelarkan mereka 'kucing kurap'.
Puak PKR negeri Pulau Pinang juga telah mengeluarkan kenyataan yang mengutuk Jeff Ooi DAP. Pengerusinya, Mansor Othman, berkata PKR tidak mahu dikaitkan dengan tindakan melampau, rasis dan bebal Jeff Ooi DAP.
Kenyataan PKR Pulau Pinang itu bagaimana pun telah dikutuk oleh netizen-netizen AMK dan PAN, parti serpihan PAS, walau pun kenyataan mereka itu telah menyerlahkan kebangangan mereka sendiri. Sebagai contoh ialah printscreen di bawah yang berlagak pandai tetapi beliau sendiri tidak tahu yang perkataan 'Adios' bukannya bahasa Inggeris!
Mansor Othman juga telah dikutuk oleh ahli AMK ini dengan panggilan kesat. Mereka ini juga menyokong perhimpunan haram Beersih 5.0.
Malah, ada pihak PAN, parti serpihan PAS yang turut mengutuk Mansor Othman:
Sungguh memalukan sekali apabila ada puak-puak dalam AMK dan PAN yang menjilat dan mempertahankan parti cauvinis DAP walau pun tindakan ahli parlimen DAP itu tidak patut dipertahankan.
Untuk rekod, Mansor Othman telah menjatuhkan maruah Lim Guan Eng apabila mendedahkan perangai buruk Guan Eng sebagai cocky, arrogant dan tokong
Demikianlah Artikel KERANA ARWAH HARON DIN , AMK & PAN KUTUK PENGERUSI PKR NEGERI
Sekianlah artikel KERANA ARWAH HARON DIN , AMK & PAN KUTUK PENGERUSI PKR NEGERI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KERANA ARWAH HARON DIN , AMK & PAN KUTUK PENGERUSI PKR NEGERI dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/kerana-arwah-haron-din-amk-pan-kutuk.html