KES RASUAH : GUAN ENG MASIH DEGIL ! @dzainalabidin

KES RASUAH : GUAN ENG MASIH DEGIL ! @dzainalabidin - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KES RASUAH : GUAN ENG MASIH DEGIL ! @dzainalabidin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Berita, Artikel Fakta, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel Politik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KES RASUAH : GUAN ENG MASIH DEGIL ! @dzainalabidin
link : KES RASUAH : GUAN ENG MASIH DEGIL ! @dzainalabidin

Baca juga


KES RASUAH : GUAN ENG MASIH DEGIL ! @dzainalabidin

Hari ini, Lim Guan Eng DAP masuk Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kerana 2 kes rasuah dan salahguna kuasa. Yang terbaru, kes ini ditangguh ke 6hb Disember 2016. Penangguhan ini atas permintaan peguambela Guan Eng dan alasannya sebab membabitkan banyak dokumen.


Apa pun, tiada yang perlu dibanggakan oleh beliau dan penyokong-peyokong tegar DAP cauvinis tentang perkara ini. Tetapi ia adalah yang pertama dalam sejarah negeri Pulau Pinang, satu pencapaian Lim Guan Eng yang amat memalukan. Lebih memalukan lagi ialah beliau enggan melepaskan jawatan beliau!
"Kenapa Ketua Menteri Pulau Pinang masih belum melepaskan jawatan atau ‘bercuti’ dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang setelah didawa dengan DUA pertuduhan salah laku rasuah (Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan) di Mahkamah pada 30 Jun 2016 lalu.
"Tindakan Lim Guan Eng untuk tidak melepaskan jawatan atau ‘bercuti’ dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang akan menyebabkan tekanan yang tidak wajar ke atas pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berkemungkinan akan dipanggil sebagai saksi pihak pendakwaan nanti bila bicara kes rasuah terhadap beliau dimulakan." kata DS Zainal Abidin Osman.
Kenyataan DS Zainal Abidin Osman ini sangat jelas. MiM berkata demikian kerana Guan Eng didakwa melakukan kesalahan ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Untuk kes kedua, Guan Eng didakwa 'menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd'.

Beliau didakwa 'mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.'

Walau pun kes banglo terlajak murah adalah isu peribadi Guan Eng dan Betty Chew tetapi pertuduhan kedua keatas Guan Eng DAP berkemungkinan besar melibatkan pegawai-pegawai kerajaan negeri. Mereka ini mungkin masih lagi bekerja serta berhadapan dengan Guan Eng semasa mesyuarat dan sebagainya.

Dalam konteks ini, bagaimana rakyat mahu percaya atau dapat memastikan tiada ugutan atau tindakan yang akan dikenakan ke atas pegawai-pegawai yang mungkin akan menjadi saksi kelak?

Kerana itu, MiM setuju dengan kenyataan DS Zainal Abidin Osman supaya Guan Eng melepaskan jawatan atau bercuti dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga kes rasuah terhadapnya selesai dibicarakan oleh Mahkamah. Ini bagi memastikan agar integriti dan kehormatan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang terjamin dan terpelihara dan tidak terpalit dengan rasuah.
"Seseorang Ketua Menteri yang beretika dan bermaruah akan meletakkan jawatan atau bercuti dari jawatannya bila menghadapi pertuduhan rasuah atau jenayah di Mahkamah demi menjaga integriti jawatan yang disandang. Malah seseorang pegawai kerajaan atau penjawat awam perlu bercuti bila menghadapi pertuduhan yang serupa.
"Ternyata Lim Guan Eng terlalu "sayang" untuk melepaskan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang dipegangnya sekarang. Rakyat Pulau Pinang boleh menilai sendiri samada beliau adalah seorang yang gila jawatan dan gila kuasa atau tidak". kata Zainal Abidin
Sebenarnya, kes banglo terlajak murah milik Guan Eng ini telah mendatangkan pelbagai persepsi negatif terhadap kroni tegar Kit Siang ini. Ada yang kecewa apabila Guan Eng mendapat keistimewaan apabila pembinaan rumah mampu milik seluas 60.38 meter persegi yang dilancarkan Guan Eng pada harga RM400,000 seunit adalah lebih mahal iaitu kira-kira RM616 bagi setiap 0.09 meter persegi berbanding hanya RM275 untuk rumah banglo itu.

Dan setelah 3 tahun (2015), Lim Guan Eng telah membeli rumah itu dengan harga yang sama pada tahun 2012! Alasan beliau ialah berdasarkan persefahaman dengan isterinya, Betty Chew. Di manakah logik perniagaan apabila seseorang sanggup 'rugi' menjual rumahnya sendiri dan nilainya bukan seringgit atau seratus ringgit tetapi jutaan ringgit?

Yang lebih tidak masuk akal ialah kenyataan Lim Guan Eng DAP yang seterusnya,
Lim, ketika ditanya sama ada beliau tahu bahawa rumah itu dibeli di bawah harga pasaran, Lim berkata beliau bukan seorang ejen hartanah.
"Saya tidak tahu harga. Hanya terdapat pemahaman lisan," katanya - seterusnya
Lim Guan Eng DAP bukan sahaja Ketua Menteri tetapi beliau memegang potfolio Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah. Beliau juga seorang akauntan bertauliah. Apa mungkin Lim Guan Eng DAP tidak tahu menahu atau ingin tahu tentang harga pasaran rumah apabila mahu membeli banglo mewah beliau itu?

Di manakah rasionalnya alasan beliau itu?

Tambahan pula, pembelian aset hartanah bukan yang pertama oleh Lim Guan Eng! Dokumen deklarasi aset tahun 2012 menyatakan bahawa Setiausaha Agung DAP ini memiliki 2 rumah kedai di Melaka. Satu daripadanya adalah harta milik bersama Betty yang bernilai RM435,000 dan satu lagi bernilai RM530,000. Beliau juga membuat pinjaman RM650,000 bagi membayar hartanah itu.


Dan ketika membeli 2 rumah kedai di Melaka, Guan Eng DAP pun tidak tahu atau ingin tahu nilai pasaran hartanah yang beliau beli itu?

Berikut adalah kronologi kes rasuah Lim Guan Eng:

17 Mac 2016: Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya meminta menyiasat isu pembelian hartanah di bawah harga pasaran bernilai RM2.8 juta oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, Georgetown pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

18 Mac: Guan Eng mendakwa transaksi pembelian rumahnya itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual, Phang Li Koon tanpa sebarang paksaan.

18 Mac: SPRM mula menerima laporan berhubung isu pembelian rumah banglo pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran daripada pelbagai pihak termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

19 Mac: Guan Eng menggesa SPRM menyegerakan siasatan berhubung transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn.

20 Mac: Guan Eng membawa petugas media melawat rumahnya di Jalan Pinhorn.

22 Mac: Phang membuat akuan berkanun menjelaskan beliau menjual banglo itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.

23 Mac: SPRM terima lapan aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.

1 April: Phang memberi keterangan berhubung pembelian banglo oleh ketua menteri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

2 April: Polis melengkapkan kertas siasatan berhubung kandungan akuan berkanun Phang yang didakwa mempunyai maklumat palsu.

17 April: SPRM menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.

6 Mei: Guan Eng dan isteri Betty Chew serta Phang dan pemilik Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Datuk Tang Yong Chew memberi keterangan kepada SPRM.

7 Mei: Guan Eng sekali lagi hadir untuk direkodkan keterangan berhubung isu pembelian banglo di pejabat SPRM Pulau Pinang.

22 Mei: Pegawai SPRM hadir di rumah Guan Eng untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya.

25 Mei: Kertas siasatan Guan Eng dikemukakan kepada Peguam Negara.

6 Jun: Kertas siasatan banglo Guan Eng dikembalikan kepada SPRM untuk siasatan lanjut.

29 Jun: Lim ditahan SPRM di tingkat 28 bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang, manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden.




Demikianlah Artikel KES RASUAH : GUAN ENG MASIH DEGIL ! @dzainalabidin

Sekianlah artikel KES RASUAH : GUAN ENG MASIH DEGIL ! @dzainalabidin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KES RASUAH : GUAN ENG MASIH DEGIL ! @dzainalabidin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/kes-rasuah-guan-eng-masih-degil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :