Kewangan kerajaan pusat tersepit, kata pakar ekonomi

Kewangan kerajaan pusat tersepit, kata pakar ekonomi - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kewangan kerajaan pusat tersepit, kata pakar ekonomi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kewangan kerajaan pusat tersepit, kata pakar ekonomi
link : Kewangan kerajaan pusat tersepit, kata pakar ekonomi

Baca juga


Kewangan kerajaan pusat tersepit, kata pakar ekonomi

BORHAN AHMAD
 
 
Tan Sr Dr Kamal Salleh menyifatkan kewangan kerajaan pusat sekarang tersepit.Tan Sr Dr Kamal Salleh menyifatkan kewangan kerajaan pusat sekarang tersepit.


Pakar ekonomi, Tan Sri Dr Kamal Salleh menyifatkan kedudukan kewangan kerajaan pusat sekarang tersepit antara kekurangan wang dengan kos pinjaman luar yang tinggi.

Dalam wawancara dengan akhbar mingguan Amanah, bekas pengarah Intitut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) itu berkata, pendapatan negara sekarang jauh lebih kecil dari perbelanjaannya.

Dalam masa yang sama, katanya, hutang negara kini mencecah 55% dari keluaran dalam negara kasar (GDP) yang menyebabkan rating Malaysia rendah di pasaran antarabangsa.

Kesannya, kata beliau, kos yang tinggi perlu dibayar oleh negara jika mahu berhutang di luar negara bagi menampung keperluan perbelanjaan tempatan.

Ekoran itu, beliau menjangkakan pilihan raya umum tidak akan diadakan tahun ini.

"Kerajaan tidak akan adakan pilihan raya dalam masa yang terdekat kerana mereka akan kalah kerana mereka tidak boleh berbelanja," kata Kamal Salleh dalam wawancara khasnya dengan akhbar mingguan Amanah.

Laporan penuh wawancara itu boleh diikuti dalam akhbar itu yang berada di pasaran sekarang.

Sebelum ini, akhbar mingguan itu juga melaporkan, pilihan raya tidak boleh diadakan pada waktu terdekat ekoran pembekuan dana 1MDB yang berada di luar negara ekoran tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika terhadap dana 1MDB.

Menurut akhbar itu,  pilihan raya umum (PRU) terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan walaupun sebelum ini ada pihak menggesa kerajaan supaya mengadakan PRU segera ekoran kemenangan besar BN pada pilihan raya negeri Sarawak dan dua pilihan raya kecil di Semenanjung iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar.



Demikianlah Artikel Kewangan kerajaan pusat tersepit, kata pakar ekonomi

Sekianlah artikel Kewangan kerajaan pusat tersepit, kata pakar ekonomi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kewangan kerajaan pusat tersepit, kata pakar ekonomi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/kewangan-kerajaan-pusat-tersepit-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :