Mahathir sokong bebas Anwar jika itu kehendak semua pembangkang

Mahathir sokong bebas Anwar jika itu kehendak semua pembangkang - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir sokong bebas Anwar jika itu kehendak semua pembangkang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir sokong bebas Anwar jika itu kehendak semua pembangkang
link : Mahathir sokong bebas Anwar jika itu kehendak semua pembangkang

Baca juga


Mahathir sokong bebas Anwar jika itu kehendak semua pembangkang

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau terpaksa akur untuk menyokong usaha membebaskan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara, jika semua pihak dalam pembangkang menginginkannya.
 
"Kalau itu kehendak semua orang (parti pembangkang), takkan saya nak kata tak boleh pula," katanya kepada pemberita.
 
Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir usaha pembebasan itu hanya dapat dilakukan selepas pembangkang berjaya menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
 
"Semua itu akan datang kalau kita dapat jatuhkan Najib. Segala rancangan yang dibuat oleh parti-parti pembangkang itu semua, itu akan datang kemudian. 
 
"Waktu ini kita tidak boleh janji sebab kita tiada kuasa," ujarnya ringkas.
 
Beliau berkata demikian mengulas komitmen yang dibuat Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyokong usaha pembebasan Anwar dan berikrar menjadikan ia agenda perjuangannya.
 
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, pembebasan Anwar buat masa ini amat mustahil selagi Najib menjadi perdana menteri.
 
“Saya rasa amat kasihan apa yang ditanggung Anwar. Sama ada betul atau tidak betul, terserah kepada Allah. Kita terkilan beliau meringkuk dalam penjara.
 
“Ada yang tanya saya boleh ke bebaskan Anwar? Saya lihat slogan ‘Bebas rakyat bebas Anwar’ dilaungkan. Bebaskan rakyat menerusi sistem pilihan raya, maka jika ada pimpinan baharu daripada kita, kita bersama akan fikirkan nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
“Jika kita bersetuju itu pra syarat pentingnya, tidak sukar untuk kita bersama membentuk kerajaan baharu kelak,” katanya kepada pemberita, 11 September lalu.
 
Mahathir sebelum itu mengejutkan banyak pihak apabila tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menzahirkan sokongannya kepada tindakan Anwar memfailkan bantahan kepada pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), yang dakwanya tidak sah.
 
 


Demikianlah Artikel Mahathir sokong bebas Anwar jika itu kehendak semua pembangkang

Sekianlah artikel Mahathir sokong bebas Anwar jika itu kehendak semua pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir sokong bebas Anwar jika itu kehendak semua pembangkang dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/mahathir-sokong-bebas-anwar-jika-itu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :