Menari Dengan Menteri: AG Perlu Beri Penjelasan Atau Letak Jawatan..

Menari Dengan Menteri: AG Perlu Beri Penjelasan Atau Letak Jawatan.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menari Dengan Menteri: AG Perlu Beri Penjelasan Atau Letak Jawatan.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menari Dengan Menteri: AG Perlu Beri Penjelasan Atau Letak Jawatan..
link : Menari Dengan Menteri: AG Perlu Beri Penjelasan Atau Letak Jawatan..

Baca juga


Menari Dengan Menteri: AG Perlu Beri Penjelasan Atau Letak Jawatan..

Peguam bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan, jika tidak dapat memberi penjelasan munasabah terhadap tindakannya menari bersama beberapa menteri di khalayak ramai.

Haniff Khatri Abdulla yang memuat naik rakaman video selama 26 saat itu ke Facebooknya berkata, peguam negara tidak wajar bertindak sedemikian di khalayak ramai.


Dalam rakaman video itu, seorang lelaki yang menyerupai Apandi dilihat menari bersama beberapa menteri, termasuk Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Seri Salleh Said Keruak, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nancy Shukri ketika sambutan Hari Kebangsaan, Rabu lalu.

Beliau berkata, perbuatan peguam negara dan menteri kabinet bernyanyi serta bersuka ria di khalayak ramai menimbulkan kebimbangan rakyat terhadap kemampuan membuat keputusan adil dan saksama dalam siasatan ke atas perdana menteri atau mana-mana menteri kabinet.

Tingkah laku dan perhubungan peguam negara hendaklah di tahap profesional tertinggi dengan semua pihak, yakni orang awam mahupun menteri, kerana antara tanggungjawab peguam negara adalah mendakwa mana-mana pihak yang dipercayai sudah melakukan kesalahan,” tulisnya dalam Facebook beliau semalam.

Beliau berkata, ia penting khasnya ketika perdana menteri dan kerajaan dibelenggu kontroversi 1MDB. -FMT




ULASAN GB

Pelik dan mengaibkan.

Professionnya seorang yang bertaraf tinggi, seorang peguam Negara yang juga seorang bekas hakim. Tetapi boleh menari-nari bersama-sama dengan beberapa menteri yang dikaitkan dengan kumpulan Najib, tanpa malu dan segan silu di khalayak umum.

Peguam Negara inilah juga yang telah membersihkan nama Najib dalam isu RM2.6 bilion, enggan untuk membuka lakukan siasatan semula kes 1MDB dan yang bersungguh-sungguh mahu mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang di mahkamah di atas tuduhan membeli rumah di bawah harga pasaran.

Wajar diingatkan, keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan tetapi perlu dilihat telah ditegakkan. Bagaimana ia dilihat ditegakkan apabila Peguam Negara didapati bersama-sama sang menteri menari-nari seperti seolah-olah menteri itu bersih semuanya?

Apakah hari kemerdekaan merupakan hari untuknya meluahkan rasa gembira kepada dunia konon dirasakan telah berjaya menjalankan tugasnya sebagai Peguam Negara?

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Seseorang yang telah melakukan kesalahan akan terus menonjolkan dirinya melakukan kesalahan demi kesalahan yang tidak mungkin dapat dia memebendungnya.

Betul kata peguam Haniff Khatri yang telah memuatnaik video itu: Samada Apandi Ali memberikan penjelasan atau letak jawatan!




FEATURED ADS




Demikianlah Artikel Menari Dengan Menteri: AG Perlu Beri Penjelasan Atau Letak Jawatan..

Sekianlah artikel Menari Dengan Menteri: AG Perlu Beri Penjelasan Atau Letak Jawatan.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menari Dengan Menteri: AG Perlu Beri Penjelasan Atau Letak Jawatan.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/menari-dengan-menteri-ag-perlu-beri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :