"Mufti Beri Fatwa Melalui Majlis Fatwa, Bukan Akhbar" - MDN

"Mufti Beri Fatwa Melalui Majlis Fatwa, Bukan Akhbar" - MDN - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Mufti Beri Fatwa Melalui Majlis Fatwa, Bukan Akhbar" - MDN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Mufti Beri Fatwa Melalui Majlis Fatwa, Bukan Akhbar" - MDN
link : "Mufti Beri Fatwa Melalui Majlis Fatwa, Bukan Akhbar" - MDN

Baca juga


"Mufti Beri Fatwa Melalui Majlis Fatwa, Bukan Akhbar" - MDN

Institusi Mufti harus dilindungi daripada eksploitasi media, kata MDN

Sudah tiba masanya institusi mufti di negara ini, dilindungi daripada terdedah kepada eksploitasi media dalam isu membabitkan persoalan agama dan politik tanah air.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majib berkata, institusi mufti perlu mencari wacana khusus untuk mereka, agar peranan mufti itu sendiri tidak dieksploitasi.


"Saya mahu menyeru kepada mufti supaya menghormati diri mereka sendiri daripada menjerumus diri mereka kepada sesuatu situasi yang tidak dihormati oleh masyarakat.

"Saya nak minta dikalangan pendakwah, ilmuan dan khususnya mufti supaya tidak sangat mendedahkan diri kepada media massa.

"Mereka perlu mencari wacana khusus untuk mereka membincangkan isu-isu yang ditimbulkan pihak tertentu, sebelum disebarkan kepada pengetahuan masyarakat.

"Kita perlu meniru raja-raja Melayu yang tidak bercakap sendiri. Raja-raja akan bercakap melalui pembantunya.

"Mufti tidak akan masuk surat khabar. Mufti akan memberi fatwa melalui majlis fatwa kerana pengaruh mereka cukup besar dalam masyarakat," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam Persidangan Pendakwah Kebangsaan bertemakan "Peranan Pendakwah Dalam Perpaduan Ummah dan Pemangunan Negara' di Bangi hari ini.

Justeru katanya, bagi mencapai matlamat itu, MDN akan mengadakan wacana khusus dikalangan mufti untuk merungkai persoalan isu-isu semasa dalam masyarakat secara bersama dikalangan mufti di negara ini.

"MDN akan wujudkan wacana khusus untuk para ilmuan dan mufti berwacana untuk membincangkan akan hal ini, sebelum keluarkan kenyataan kepada masyarakat melalui media massa.

'Ini kerana keluasan ilmu itu akan mengharu-birukan masyarakat kerana tidak semua masyarakat boleh faham terhadap ilmu. Penyebaran ilmu itu perlulah bersepadanan dengan tahap kefahamaman masyarakat.

"Misalnya dalam sejarah perkembangan agama di Kelantan telah mengharamkan pengajaran kitab-kitab lama di negeri itu, ini kerana walaupun kitab lama itu bagus tetapi tidak dapat difahami majoriti masyarakat umum.

"Justeru semua agamawan, pendakwah dan mufti harus berhati-hati tidak semua yang kita tahu dan faham akan diberitahu kepada masyarakat semata-mata untuk tujuan mencari populariti, atau desakan pihak tertentu, sebaliknya kenyataan dibuat itu menimbulkan kekeliruan kepada sebahagian masyarakat pula," ujarnya.

Mahmood Zuhdi juga menegaskan, dikalangan pendakwah, agamawan dan mufti juga harus bersatu bagi menyelesaikan perpecahan antara mereka yang akhirnya membawa kekeliruan dalam masyarakat Islam.

"Antara mereka perlu menyelesaikan perbezaan pandangan, supaya tidak menjadi individu yang kontroversi dalam masyarakat kita pula.

"Dikalangan mereka perlu lebih berhati-hati dalam memberi pandangan dalam apa jua saluran sama ada di media massa, media sosial, surau, masjid supaya ia boleh menjadi hanya 'satu suara' dalam sesuatu isu dibangkitkan bagi tujuan penyatuan ummah," ujarnya.

Sebanyak lima usul telah dikemukakan dalam seminar sehari ini untuk dibahaskan dikalangan 100 pendakwah yang hadir antaranya adalah menubuhan Tabung Amanah Dakwah.

Turut hadir dalam persidangan ini Yang Dipertua Yadim Dr Yusri Mohamad, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha, Pengerusi Persidangan Datuk Dr Fadzilah Kamsah.

Selain pembentang kertas kerja oleh Prof Datuk Datuk Mohamad Abu Bakar yang bertajuk: 'Grand Strategy, Gubahan Ummah dan Gagasan Perpaduan'. -MD


RUU 355: Jangan guna kedudukan keluar hukum wajib

Parti Amanah Negara (Amanah) mengingatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri agar tidak menggunakan kedudukannya dalam menjatuhkan hukum wajib atau tidak berkaitan urusan undang-undang.

Naib Presidennya, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan Zulkifli itu dibuat dengan tidak melihat secara menyeluruh kerana RUU 355 atau Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 masih belum diperincikan di Dewan Rakyat.

“Saya hairan juga dengan mufti ini. Ini isu legislatif ada prosedurnya. Sebagai ahli legislatif, kita berbahas atas fakta, kerangka prosedur, Perlembagaan dan sebagainya. Bagaimana kamu buat pendirian tanpa kamu dengar apa Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bentang lagi?

“Ketika Marang bentang, tidak ada perincian apa pun lagi. Kita tak dapat tengok apa-apa maklumat pun. Kenyataan ‘wajib’ itu dibuat tanpa melihat keseluruhan isu-isu ‘legal’, prosedural yang lebih rumit daripada sekadar suruh sokong,” katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, Zulkifli melalui siri Bayan Linnas: Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat menyatakan ahli Parlimen beragama Islam wajib menyokong manakala yang bukan Islam perlu menyokong pindaan itu memandangkan ia membawa kebaikan.

Bacaan kedua bagi RUU355 itu dijangka bakal berlaku pada sesi sidang Dewan Rakyat bulan depan selepas Abdul Hadi berjaya membawanya untuk bacaan pertama, Mei lalu.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, sokongan bukan isu sebaliknya ia lebih menjurus ke arah isu teknikal dan pelaksanaan.

“Secara asasnya, kalau bercakap tentang undang-undang Islam, siapa yang tak sokong? Itu bukan isunya. Kalau sebut dari segi sokongan, perkara yang dah ada pun banyak kelemahan, bagaimana kita nak sokong perkara yang kita tak tahu.

“Saya sudah membaca kenyataan beliau tapi saya masih menganggap itu hanya satu pandangan sahaja. Jangan gunakan kedudukan beliau untuk mengeluarkan perkataan ‘wajib’ itu. Ini perkara legislatif...dah semacam satu tekanan pula,” katanya.

Katanya, tindakan Zulkifli yang memetik titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Parlimen ke-13, lebih mengelirukan.

“Sedangkan kenyataan Tuanku itu lebih menyebut memperkasakan mahkamah syariah tapi pemerkasaan itu bermula sejak awal lagi. Ada lagi akta yang belum dibawa di mana hakim mahkamah syariah tangga gajinya masih rendah. Itu boleh jadi maksud Tuanku.

“Kenapa tiba-tiba beliau ambil konteks yang begitu sempit dan kata Tuanku suruh sokong? Jika beliau menyebut ini atas kapasiti peribadi, saya tidak kisah. Tapi di sini, beliau menyebutnya sebagai mufti?” katanya.

Dalam titah ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Parlimen ke-13, Mac lalu, Tuanku Abdul Halim mahu langkah-langkah memperkukuhkan institusi agama dan kecekapan pelaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam melalui pemerkasaan Mahkamah Syariah disegerakan.
-SH


ULASAN GB

Tiba-tiba bertempiklah suara pimpinan PAS sana-sini menempelak kenyataan Naib Presiden AMANAH, Mujahid Yusof Rawa yang mengingatkan agar mufti tidak menggunakan kedudukannya dalam menjatuhkan hukum wajib atau tidak berkaitan urusan undang-undang.

Dituduhnya Mujahid balaci DAP dan seumpamanya sepertimana ratib dan tempelakan PAS kepada AMANAH selama ini

Kini Majlis Dakwah Negara (MDN) sendiri membuat saranan yang serupa dengan Mujahid. Mufti tidak seharusnya membuat kenyataan melalui akhbar. Mufti akan memberi fatwa melalui majlis fatwa kerana pengaruh mereka cukup besar dalam masyarakat, kata MDN.

Sementara itu Majlis Perundingan Melayu (MPM) melalui ahlilembahaga penasihatnya, Tan Sri Abdul Aziz Abd Rahman berkata, pindaan RUU 355 ini adalah merupakan satu isu politik tajaan Pas dan beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan tidak sepatutnya terjerat sama dalam perkara ini.

"Beliau sepatutnya bersama-sama dengan mufti lain mengsyorkan agar isu undang-undang Syariah ini dirujuk kembali kepada Majlis Raja-raja kerana hal-ehwal Islam adalah dibawah bidang kuasa Majlis Raja-raja bukan dibawah bidang kuasa Parlimen,"

Abdul Aziz berkata, apabila Zulkifli menggunakan istilah 'wajib', maka kenyataan tersebut sudah menyamai sebagai satu fatwa berikutan kapasiti beliau sebagai mufti.

PAS terlupa selama ini merekalah yang sering menyerang institusi mufti. Hanya pada kali ini adapibila mufti WP menyokong RUU355 mereka melenting ke langit seolaholah mereka sudah berjaya.

PAS juga selama ini menganggap institusi mufti sebagai institusi yang tidak boleh dipercayai apabila mufti-mufti ini makan gaji dengan wang hasil dari pelbagai sumber yang tidak halal. Tonton video di bawah ini sebagai bukti:

VIDEO BERKAITAN







FEATURED ADS




Demikianlah Artikel "Mufti Beri Fatwa Melalui Majlis Fatwa, Bukan Akhbar" - MDN

Sekianlah artikel "Mufti Beri Fatwa Melalui Majlis Fatwa, Bukan Akhbar" - MDN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Mufti Beri Fatwa Melalui Majlis Fatwa, Bukan Akhbar" - MDN dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/mufti-beri-fatwa-melalui-majlis-fatwa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :