Pas mahu kawan dengan semua orang - Iskandar

Pas mahu kawan dengan semua orang - Iskandar - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pas mahu kawan dengan semua orang - Iskandar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pas mahu kawan dengan semua orang - Iskandar
link : Pas mahu kawan dengan semua orang - Iskandar

Baca juga


Pas mahu kawan dengan semua orang - Iskandar

 
 
Iskandar A Samad
Iskandar A Samad


"Pas hendak kawan dengan semua orang dan kalau ada yang baik walaupun daripada siapa sekali pun, kita akan sokong," Itu mesej Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar A. Samad semasa merasmikan Majlis Sambutan Ambang Merdeka Penduduk Taman Kencana di sini malam semalam.

Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka memberitahu, ia selaras dengan hasrat Pas mahu membawa budaya politik matang dan sejahtera.

Mengenai kemerdekaan, Iskandar menegaskan, tanggapan sesetengah pihak kemerdekaan negara dicapai tanpa pertumpahan darah tidak tepat kerana perjuangan menghalau penjajah sudah bermula sejak tahun 1515 semasa Portugis cuba menawan Melaka.

Bermula daripada itu sehingga tahun 1957, katanya, negara kehilangan ramai pejuang dan pahlawan seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Gajah dan ramai lagi. Menurutnya, fakta mengenai pejuang kemerdekaan itu perlu diperbetulkan demi tatapan generasi muda.

Menurutnya, pejuang menentang Malayan Union juga dikira sebagai pahlawan yang membawa kepada kemerdekaan negara. Selepas kemerdekaan, katanya, perjuangan mesti diteruskan termasuk menegur sekiranya ada berlaku penyelewengan dan tidak boleh dilihat sebagai tidak menghargai kemerdekaan.



"Dalam mempertahankan negara kita perlu menegur sekiranya ada salah dan teguran itu kerana kita sayang kepada negara kita..bila sayang kita tak cakap apa itu tak betul," tegasnya.

Pada majlis yang turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kencana, Mustafa Zaini itu Iskandar turut menyampaikan penghargaan kepada bekas anggota tentera bersara di taman berkenaan termasuk kepada Pengerusi Surau Nur Iman, Yunus Abdullah.--MalaysiaGazette




Demikianlah Artikel Pas mahu kawan dengan semua orang - Iskandar

Sekianlah artikel Pas mahu kawan dengan semua orang - Iskandar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pas mahu kawan dengan semua orang - Iskandar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/pas-mahu-kawan-dengan-semua-orang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :