'PAS tak runding PKR, kekal kerusi PRU lalu'

'PAS tak runding PKR, kekal kerusi PRU lalu' - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'PAS tak runding PKR, kekal kerusi PRU lalu', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'PAS tak runding PKR, kekal kerusi PRU lalu'
link : 'PAS tak runding PKR, kekal kerusi PRU lalu'

Baca juga


'PAS tak runding PKR, kekal kerusi PRU lalu'

Anne Muhammad 


Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman menafikan parti itu berunding dengan PKR untuk menentukan pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Katanya PAS dan PKR kekal dengan kerusi masing-masing dan kini terserah kepada DAP untuk memberi kerusi kepada Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Setakat yang kita (PAS) dan PKR setuju, semua kerusi kita kekal sebagaimana yang sedia ada mengikut PRU13.

“Kita tak akan bagi kerusi, tumpuan PKR adalah kerusi PKR dan tumpuan PAS adalah kerusi PAS. Sekarang terpulang pada DAP lah kalau dia nak bagi kerusi pada AMANAH,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan akar umbi AMANAH yang mendakwa PAS kini menggunakan PKR untuk membuat rundingan bagi pihaknya dalam menentukan kerusi untuk ditandingi pada PRU14.

Semalam Naib Ketua AMANAH Sepang, Abdul Halim Mohd Sharif turut memberi amaran kepada PAS supaya jangan sekali-kali mencampuri dan memperkudakan PKR dalam rundingan kerusi yang melibatkan parti-parti dalam Pakatan Harapan.

Pada masa sama, Abdul Halim turut menggesa PKR menyatakan pendirian mereka sama ada mahu terus 'bersekongkol' dengan PAS atau meninggalkan AMANAH bersama DAP dalam gabungan itu.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin yang juga ADUN Paya Jaras berkata beliau tidak tahu mengapa AMANAH mengeluarkan kenyataan sedemikian, namun PAS tidak akan melayan perkara tersebut.

“Dia boleh cakap apa dia nak cakap sebab dia tak ada kerusi. Kita tak akan layan kata-kata macam tu sebab kita tak ada kepentingan dengan AMANAH.

“(Dan) kita tak perlu berunding sebab kita dah ada kerusi,” tegasnya.

Pada PRU13, Pakatan Rakyat- gabungan parti PAS, PKR dan DAP memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

PKR memenangi 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. BN memenangi 12 kerusi.



Demikianlah Artikel 'PAS tak runding PKR, kekal kerusi PRU lalu'

Sekianlah artikel 'PAS tak runding PKR, kekal kerusi PRU lalu' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'PAS tak runding PKR, kekal kerusi PRU lalu' dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/pas-tak-runding-pkr-kekal-kerusi-pru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :