Judul : Pas terlepas pejabat Dun Salor kerana 'amanah' pemiliknya
link : Pas terlepas pejabat Dun Salor kerana 'amanah' pemiliknya
Pas terlepas pejabat Dun Salor kerana 'amanah' pemiliknya
ZIKRI ABDULLAHPejabat Dun Salor yang kini bertukar daripada pusat khidmat Adun Pas kepada pusat aduan rakyat Amanah adalah kerana pemilik premis berkenaan memberi amanah kepada Datuk Husam Musa untuk berbuat demikian.
"Dulu pemilik tempat ini memberi amanah kepada saya untuk menjalankan aktiviti Pas tapi sekarang telah menukar amanah itu supaya saya jadikan pusat aktiviti Parti Amanah Negara (Amanah)," kata Adun Salor itu dalam ucapan di majlis memperingati hari Wukuf anjuran Amanah negeri Kelantan pagi ini.
Majlis yang diadakan di surau dalam kompleks kediaman keluarga beliau itu dimulakan dengan acara "Quran Hour" dengan hadirin membaca mushaf beramai-ramai.
Husam berkata konsep amanah adalah teras dalam menghayati ajaran Islam dan tidak patut ada pihak yang bersikap sebaliknya dengan membuat tuduhan palsu berkait kedudukan pejabat berkenaan.
"Memang pejabat tu bukan milik tok nenek saya, tapi ada tuannya yang sah," katanya.
Dalam ucapanya beliau membacakan kisah perbandingan antara Nabi Yusuf dan Nabi Musa alaihimas salam.
Dalam kisah nabi Musa katanya, kakaknya sayangkan adiknya dengan mengikut kotak bayi adiknya hingga terdampar di istana Fir'aun.
"Manakala dalam kisah Nabi Yusuf, abang-abangnya merancang untuk mengkhianatinya dengan mencampak ke dalam perigi buta," katanya.
Kisah dua nabi itu menurut beliau amat relevan dengan situasi dakwah dan perjuangan pada masa sekarang.
"Dalam membawa misi kebenaran sekarang kita berhadapan dengan mereka yang sayang kepada pasukan kita dan ada yang menzahirkan kebencian melampau hingga sanggup memfitnah dengan cerita-cerita bohong," katanya.
Demikianlah Artikel Pas terlepas pejabat Dun Salor kerana 'amanah' pemiliknya
Sekianlah artikel Pas terlepas pejabat Dun Salor kerana 'amanah' pemiliknya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pas terlepas pejabat Dun Salor kerana 'amanah' pemiliknya dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/pas-terlepas-pejabat-dun-salor-kerana.html