Pertama Kali Selepas 18 Tahun.. Mahathir Bersalam Dengan Anwar..

Pertama Kali Selepas 18 Tahun.. Mahathir Bersalam Dengan Anwar.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pertama Kali Selepas 18 Tahun.. Mahathir Bersalam Dengan Anwar.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pertama Kali Selepas 18 Tahun.. Mahathir Bersalam Dengan Anwar..
link : Pertama Kali Selepas 18 Tahun.. Mahathir Bersalam Dengan Anwar..

Baca juga


Pertama Kali Selepas 18 Tahun.. Mahathir Bersalam Dengan Anwar..


Jarang-jarang berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Bekas perdana menteri pernah memecat Anwar pada 1998, ketika itu timbalannya, diiringi oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Langkah itu dilihat sebagai sokongan moral terhadap Anwar kerana kedua-dua pemimpin itu kini senada menentang akta itu dan menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Anwar, yang juga bekas ketua pembangkang, memohon pengisytiharan bahawa Akta MKN bertentangan dengan perlembagaan.

Mahathir setakat ini enggan mengulas kehadirannya di mahkamah itu hari ini.

Mereka malah bertegur sapa dan bersalaman dalam mahkamah ketika tiada sidang, sambil diperhatikan oleh anggota polis dan hadirin yang hadir.

Tangan kiri Anwar juga kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar.

Kedua-dua mereka tiba di mahkamah hampir jam 3 petang ini.

Pertemuan hari ini dipercayai yang pertama dirakam sejak pemecatan Anwar pada 18 tahun lalu.

Mahathir memecat Anwar pada September 1998 atas dakwaan penglibatan dalam kes liwat, yang kemudian membawa kepada kes mahkamah.

Ia menyebabkan perpecahan besar Umno yang membawa kepada gerakan reformasi dan penubuhan Parti Keadilan Nasional (kemudian bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia, membentuk Parti Keadilan Rakyat atau PKR).

Selepas Anwar dimasukkan dalam penjara selepas disabitkan kes Liwat II, Mahathir memainkan peranan penting sebagai pengkritik utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laporan penuh dan lagi gambar lihatlah di SINI


Demikianlah Artikel Pertama Kali Selepas 18 Tahun.. Mahathir Bersalam Dengan Anwar..

Sekianlah artikel Pertama Kali Selepas 18 Tahun.. Mahathir Bersalam Dengan Anwar.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pertama Kali Selepas 18 Tahun.. Mahathir Bersalam Dengan Anwar.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/pertama-kali-selepas-18-tahun-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :