Judul : PKR Bantah Beri Lesen Pinjaman Kepada Pemaju
link : PKR Bantah Beri Lesen Pinjaman Kepada Pemaju
PKR Bantah Beri Lesen Pinjaman Kepada Pemaju
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar meminta kerajaan membatalkan cadangan memberi lesen pemiutang kepada pemaju terpilih.
Beliau mendakwa, tanggungan risiko kewangan akibat kadar faedah melampau yang diberikan kepada peminjam adalah berisiko tinggi.
“Kadar faedah seakan riba yang ditetapkan dalam kadar 12 hingga 18 peratus adalah tidak rasional dan bakal menambah bebanan hutang peminjam dalam keadaan ekonomi sedia ada.
“Perlu difahami bahawa golongan berpendapatan rendah akan terperangkap dalam kepompong kemiskinan sekiranya gagal melunaskan biaya pinjaman perumahan itu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Media semalam melaporkan, pemaju perumahan yang layak boleh memohon lesen pinjaman wang untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pembeli hartanah, khususnya syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh.
Lesen berkenaan akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011. – MYNEWSHUB.CC
Demikianlah Artikel PKR Bantah Beri Lesen Pinjaman Kepada Pemaju
Sekianlah artikel PKR Bantah Beri Lesen Pinjaman Kepada Pemaju kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PKR Bantah Beri Lesen Pinjaman Kepada Pemaju dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/pkr-bantah-beri-lesen-pinjaman-kepada.html