Politik sempit halang kebangkitan Selangor

Politik sempit halang kebangkitan Selangor - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Politik sempit halang kebangkitan Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Politik sempit halang kebangkitan Selangor
link : Politik sempit halang kebangkitan Selangor

Baca juga


Politik sempit halang kebangkitan Selangor

Noor Hisham Mohd Ghouth


Semalam wujud satu laporan di sebuah akhbar berbahasa Melayu yang mengaitkan saya sebagai punca ketidakpuasan hati Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sehingga membawa kepada tindakan keluar dari mesyuarat FAS awal minggu ini.

Saya menolak sama sekali laporan yang antaranya menyebut kuasa saya selaku penolong pengurus melebihi kuasa presiden FAS, malah segala keputusan dalam FAS - iaitu menentukan keluar masuk individu seperti jurulatih dan pemain - adalah atas permintaan saya sebagai begitu meleset daripada kebenaran.

Saya ingin menegaskan bahawa laporan ini berdasarkan 'sumber' yang sangat meragukan serta bersandarkan pada fakta tidak tepat.

Sebagai seorang ahli jawatankuasa eksekutif FAS merangkap penolong pengurus yang dilantik, saya hanya menjalankan tugas saya seperti yang diamanahkan.

Media harus lebih bertanggungjawab dan adil dalam laporan mereka. Sumber yang tidak sahih serta berbaur agenda sempit membentuk persepsi negatif terhadap saya amat dikesali.

Kelemahan individu-individu yang bertanggungjawab atas kedaifan FAS ini bukanlah rahsia lagi kepada umum dan penyokong Selangor.

Saya serta pengurus sentiasa menjalankan tugas termasuk mengambil berat soal kebajikan pemain serta barisan kejurulatihan dan melakukan perubahan demi mengembalikan kegemilangan bolasepak Selangor seperti yang digariskan oleh aspirasi dan matlamat presiden.

Sebarang pemilihan serta pelantikan pemain serta jurulatih adalah menerusi nasihat pengurusan dan penyediaan kontrak adalah di bawah tanggungjawab persatuan.

Jika perkara ini melanggar kehendak exco FAS, mengapa baru sekarang soal ini timbul? Setiausaha agung juga maklum dan terlibat sama dalam semua urusan membabitkan kontrak dan tidak wajar saya yang dipersalahkan.

Saya tidak berminat untuk terlibat sama dalam politik yang memualkan dan berusaha keras bersama Amirudin Shari untuk menghindari politik sempit bagi mengembalikan kegemilangan bolasepak Selangor.

Barisan exco FAS harus sedar bahawa permainan politik sebeginilah yang menjarakkan FAS daripada penyokong dan itulah yang sedang berlaku ketika ini.

Saya menyeru agar semua exco FAS yang tidak jelas dengan keadaan sebenar agar kembali ke meja perbincangan supaya dapat kita perhalusi keadaan dan mencari penyelesaian yang sewajarnya.

Tindakan mewujudkan persepsi tidak betul hanya akan mengeruhkan lagi suasana.

Justeru, tidak benar laporan mengatakan saya memiliki kuasa melebihi presiden FAS. Beliau sebagai tokoh pemimpin yang disegani, tidak perlu tunduk kepada 'permintaan' dan pengaruh individu yang lain, lebih-lebih lagi saya yang cukup kerdil.

Saya yakin, jika semua exco FAS memberikan tenaga dan semangat kerjasama kepada beliau maka banyak perubahan positif dan kejayaan bersama dapat dilakar terutamanya membabitkan pasukan Selangor di pentas bolasepak tanah air.

Penyokong bolasepak Selangor mahukan pengurusan yang profesional, manakala politik sempit dihentikan. Mereka cukup dahagakan kegemilangan bolasepak Selangor.

Itulah janji kita kepada mereka. Sekarang adalah masa untuk kita tunaikan janji serta jangan kita hancurkan harapan dan amanah yang telah mereka letakkan di bahu kita.

#MerahKuningLambangKebanggaan


NOOR HISHAM MOHD GHOUTH Penolong pengurus pasukan bola sepak Liga Super Selangor



Demikianlah Artikel Politik sempit halang kebangkitan Selangor

Sekianlah artikel Politik sempit halang kebangkitan Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Politik sempit halang kebangkitan Selangor dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/politik-sempit-halang-kebangkitan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :