Ramai ahli Pas duduk dalam gelap dengar ceramah Amanah

Ramai ahli Pas duduk dalam gelap dengar ceramah Amanah - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ramai ahli Pas duduk dalam gelap dengar ceramah Amanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ramai ahli Pas duduk dalam gelap dengar ceramah Amanah
link : Ramai ahli Pas duduk dalam gelap dengar ceramah Amanah

Baca juga


Ramai ahli Pas duduk dalam gelap dengar ceramah Amanah

ARIF ATAN
 
 
 Kehadiran penduduk tempatan melimpah di luar khemah bahkan ramai terus mengikuti ceramah dalam gelap. Kehadiran penduduk tempatan melimpah di luar khemah bahkan ramai terus mengikuti ceramah dalam gelap.


Program ceramah sempena pelancaran Amanah Parlimen Larut malam tadi rupa-rupanya turut dihadiri ramai ahli dan penyokong Pas.

Demikian diakui Ketua Amanah Taiping, Mohd Saad Ismail berhubung sambutan hangat dalam program dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution di Batu Kurau.

"Saya pergi jumpa sahabat lama daripada Pas, bersalam juga peluk mereka. Baru tahu ramai yang duduk dalam gelap.

"Maklumlah Parlimen Larut ini kawasan menantu Presiden Pas. Ustaz Akmal Kamaruddin
anak kepada Ustaz Kamaruddin Awang Basir iaitu besan Haji Hadi Awang," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Beliau berkata, kehadiran kira-kira 1,000 penduduk setempat agak memberangsangkan bagi kawasan seperti pekan Batu Kurau.

"Soal sokong atau tidak perkara kedua. Kesediaan mereka duduk dan mendengar sampai habis memberikan satu harapan baru kepada Amanah khususnya dan Pakatan Harapan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Penduduk tempatan di Batu Kurau mengambil peluang mengisi borang keahlian Amanah.Penduduk tempatan di Batu Kurau mengambil peluang mengisi borang keahlian Amanah.


Sehubungan itu, beliau berharap agar kerjasama Pakatan Harapan akan terus kukuh menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

"Tahniah kepada Amanah, PKR, DAP dan Bersatu yang nampak mantap kerjasama semalam," tambah Saad lagi.

Turut hadir Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi dan Ketua Angkatan Wanita (Awan) Perak, Zuhairah Mohd Ghazali.

Program berkenaan juga menyaksikan orang ramai mengambil peluang mendaftarkan keahlian dalam Amanah.

Terdahulu, Saad memberitahu, slot sembang petang Mohamad Sabu diadakan bersama penduduk setempat di Kampung Bukit Torak di Dun Selama, Perak pada sebelah siangnya.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam sembang petang di Kampung Bukit Torak, Dun Selama.Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam sembang petang di Kampung Bukit Torak, Dun Selama.

 


Demikianlah Artikel Ramai ahli Pas duduk dalam gelap dengar ceramah Amanah

Sekianlah artikel Ramai ahli Pas duduk dalam gelap dengar ceramah Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ramai ahli Pas duduk dalam gelap dengar ceramah Amanah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/ramai-ahli-pas-duduk-dalam-gelap-dengar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :