Akta 355: PAS dakwa Amanah, DAP sebar maklumat palsu kelirukan bukan Islam

Akta 355: PAS dakwa Amanah, DAP sebar maklumat palsu kelirukan bukan Islam - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akta 355: PAS dakwa Amanah, DAP sebar maklumat palsu kelirukan bukan Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akta 355: PAS dakwa Amanah, DAP sebar maklumat palsu kelirukan bukan Islam
link : Akta 355: PAS dakwa Amanah, DAP sebar maklumat palsu kelirukan bukan Islam

Baca juga


Akta 355: PAS dakwa Amanah, DAP sebar maklumat palsu kelirukan bukan Islam

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
  Post Pic

SHAH ALAM: PAS mendakwa DAP dan Amanah menjadi penghalang utama kepada parti itu memberi penerangan jelas bersabit Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah atau lebih dikenali sebagai Akta 355 kepada bukan Islam.

Menurut ketua pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, perkara ini terbukti apabila masyarakat bukan Islam kini memberi reaksi positif selepas beberapa sesi penerangan dilakukan PAS.

"Beberapa siri dialog bersama masyarakat 'non-muslim' anjuran PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menunjukkan dengan mereka begitu berpuas hati dengan usaha PAS menyeru kepada pemerkasaan Mahkamah Syariah melalui RUU pindaan Akta 355.

"Nyata dan jelas, kekeliruan mereka adalah berpunca daripada maklumat-maklumat bohong dan palsu yang mereka terima lebih awal daripada DAP dan PAN (Amanah)," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook.

Malah beliau turut mendakwa DAP adalah musuh Islam, manakala Amanah pula adalah fitnah dalam tubuh umat Islam.

Undang-undang itu dibentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei lalu untuk memperkasakan mahkamah syariah dan beliau meminta perbahasan usul persendiriannya itu ditunda ke sesi Parlimen pada Oktober depan.

Katanya,langkah itu bagi memberi ruang kepada ahli parlimen terutamanya bagi yang bukan Islam menelitinya, sekaligus memastikan perbahasan yang matang dan menyeluruh.

Pemerkasaan itu bagi membolehkan bidang kuasa Mahkamah Syariah ditambah khususnya dari segi skop menjatuhkan hukuman.

Mahkamah Syariah kini hanya boleh mengenakan hukum maksimum penjara tiga tahun, sebatan rotan tidak lebih enam kali dan denda maksimum RM5,000.




Demikianlah Artikel Akta 355: PAS dakwa Amanah, DAP sebar maklumat palsu kelirukan bukan Islam

Sekianlah artikel Akta 355: PAS dakwa Amanah, DAP sebar maklumat palsu kelirukan bukan Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Akta 355: PAS dakwa Amanah, DAP sebar maklumat palsu kelirukan bukan Islam dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/akta-355-pas-dakwa-amanah-dap-sebar_8.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :