BERSIH kemuka notis kepada polis untuk himpunan 19 Nov

BERSIH kemuka notis kepada polis untuk himpunan 19 Nov - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BERSIH kemuka notis kepada polis untuk himpunan 19 Nov, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BERSIH kemuka notis kepada polis untuk himpunan 19 Nov
link : BERSIH kemuka notis kepada polis untuk himpunan 19 Nov

Baca juga


BERSIH kemuka notis kepada polis untuk himpunan 19 Nov

MALAYSIAKINI


BERSIH hari ini mengemukakan notis kepada pihak polis untuk perhimpunan 19 November, kata pengerusinya, Maria Chin Abdullah.

Ini dilakukan selepas tiga hari, kumpulan penenentangnya yang diketuai oleh Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus mengemukakan notis sendiri untuk perhimpunan berasingan pada tarikh yang sama.

"Kami telah mengemukakan notis kepada Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan Brickfields,” katanya.

Dalam notis itu, menurut Maria, BERSIH memaklumkan kepada polis bahawa mereka akan berkumpul berhampiran Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, BERSIH masih belum memutuskan lokasi pesertanya akan berkumpul.

Jamal yang menerajui gerakan baju merah, sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa mereka telah mengemukakan notis untuk berhimpun pada 5 dan 19 November kepada pihak polis.

Mengulas pertembungan tarikh itu, dan kemungkinan polis hanya membenarkan satu perhimpunan pada 19 November memandangkan gerakan baju merah mengemukakan notis lebih awal, Maria berkata pihaknya tidak akan berganjak.

"Kita tidak akan tukar masa, tarikh dan tempat. Kita akan lihat apa polis kata (terlebih dahulu),” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, keputusan BERSIH berhubung masa dan tempat perhimpunan itu adalah muktamad.



Demikianlah Artikel BERSIH kemuka notis kepada polis untuk himpunan 19 Nov

Sekianlah artikel BERSIH kemuka notis kepada polis untuk himpunan 19 Nov kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BERSIH kemuka notis kepada polis untuk himpunan 19 Nov dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/bersih-kemuka-notis-kepada-polis-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :