Judul : Biasanya Yang Duduk Dalam Jamban Ini Syaitan Kata Afiff Kepada Jamal
link : Biasanya Yang Duduk Dalam Jamban Ini Syaitan Kata Afiff Kepada Jamal
Biasanya Yang Duduk Dalam Jamban Ini Syaitan Kata Afiff Kepada Jamal
Pemuda PKR hari ini mempersoalkan kualiti penyokong tegar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti pemimpin baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Biasanya yang duduk dalam jamban ini syaitan, yang buat sidang media dalam jamban ini lebih kurang,” kata Timbalan Ketua Pemuda PKR Afif Bahardin.
Beliau merujuk kepada sidang akhbar Jamal semalam, yang diadakan di dalam sebuah tandas di bangunan Umno Selangor di Shah Alam yang menyaksikannya mencampakkan surat tuntutan permohonan maaf BERSIH ke dalam lubang tandas.
Bersih menuntut permohonan maaf itu apabila Jamal yang juga adalah ketua Umno bahagian Sungai Besar mendakwa kumpulan itu diresapi militan IS.
Bercakap pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini, Afif berkata tindakan Jamal bertentangan dengan budaya Melayu.
“Saya melihat ini satu tindakan yang biadab dan tak mencerminkan budaya Melayu.
“Tindakan orang pembela rasuah. Imej perdana menteri ingin dipertahankan oleh orang macam Jamal.
“Itu tahap perdana menteri kita,” katanya.
Sehubungan itu, Afif menggesa polis mengambil tindakan terhadap Jamal dan kumpulan baju merah kerana mereka adalah ancaman kepada ketenteraman awam lapor MalaysiaKini
Demikianlah Artikel Biasanya Yang Duduk Dalam Jamban Ini Syaitan Kata Afiff Kepada Jamal
Sekianlah artikel Biasanya Yang Duduk Dalam Jamban Ini Syaitan Kata Afiff Kepada Jamal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Biasanya Yang Duduk Dalam Jamban Ini Syaitan Kata Afiff Kepada Jamal dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/biasanya-yang-duduk-dalam-jamban-ini.html