Bung Mokhtar Pulak Belasah JAKIM.. ‘Hotdog’ Bukan Anjing Panas Katanya

Bung Mokhtar Pulak Belasah JAKIM.. ‘Hotdog’ Bukan Anjing Panas Katanya - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bung Mokhtar Pulak Belasah JAKIM.. ‘Hotdog’ Bukan Anjing Panas Katanya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bung Mokhtar Pulak Belasah JAKIM.. ‘Hotdog’ Bukan Anjing Panas Katanya
link : Bung Mokhtar Pulak Belasah JAKIM.. ‘Hotdog’ Bukan Anjing Panas Katanya

Baca juga


Bung Mokhtar Pulak Belasah JAKIM.. ‘Hotdog’ Bukan Anjing Panas Katanya


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu bergerak seiring peredaran masa dan memperluaskan pengetahuan mereka dalam pelbagai topik, kata Datuk Bung Moktar Radin.


Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, Jakim perlu belajar makna di sebalik sesetengah jenama produk, sebelum membuat kesimpulan terburu-buru.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, adalah pelik menukar “hotdog” kepada nama lain kerana “hotdog” bukannya anjing panas.

“Pandangan mereka boleh menyebabkan negara kerugian wang kerana pelancong dari seluruh dunia melawat Malaysia.

“Mereka akan meminta ‘hotdog’, tetapi ia tiada lagi kerana nama sudah lain.

“Nama ‘hotdog’ dan ‘root beer’ tidak pernah ada masalah. Ia tidak patut menjadi masalah sekarang,” katanya kepada FMT di lobi Parlimen, hari ini.

Nama “hotdog” dicipta pada abad ke-20 oleh warga Jerman di Amerika yang mula menjual pelbagai sosej, ada yang nipis dan panjang, seperti anjing baka Dachshund.

Pada mulanya ia dinamakan sosej dachshund sebelum dipendekkan kepada “hotdog”.

Isnin lalu, Eksekutif Jaminan Kualiti dan Halal Auntie Anne, Farhatul Kamilah Mohamed Sazali menerusi Facebooknya berkata, rangkaian francais itu sudah menghantar beberapa nama lain dan sedang menunggu keputusan panel Jakim.

Semalam, FMT melaporkan, makanan kegemaran ramai seperti “Coney Dog” juga terpaksa dijenamakan semula, selain minuman tin “Root Beer” dan “Ginger Beer”.

Penolong Pengurus Jaminan Kualiti dan Halal A&W, Shahidah Wahid, mengesahkan penukaran nama itu 2 tahun lalu dan berkata, menu utama rangkaian makanan segera itu seperti “Coney Dog” dan “Root Beer” kini ditukar kepada “Chicken Coney” atau “Beef Coney”, serta “Root Beer” yang dikenali sebagai “RB” lapor FMT




Demikianlah Artikel Bung Mokhtar Pulak Belasah JAKIM.. ‘Hotdog’ Bukan Anjing Panas Katanya

Sekianlah artikel Bung Mokhtar Pulak Belasah JAKIM.. ‘Hotdog’ Bukan Anjing Panas Katanya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bung Mokhtar Pulak Belasah JAKIM.. ‘Hotdog’ Bukan Anjing Panas Katanya dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/bung-mokhtar-pulak-belasah-jakim-hotdog.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :