GST mungkin naik jika BN kekal pasca PRU14, kata PAS

GST mungkin naik jika BN kekal pasca PRU14, kata PAS - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul GST mungkin naik jika BN kekal pasca PRU14, kata PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : GST mungkin naik jika BN kekal pasca PRU14, kata PAS
link : GST mungkin naik jika BN kekal pasca PRU14, kata PAS

Baca juga


GST mungkin naik jika BN kekal pasca PRU14, kata PAS

MALAYSIAKINI


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan rakyat negara ini bahawa kemungkinan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan jika kerajaan Umno-BN kekal berkuasa pasca pilihan raya umum ke-14 adalah amat tinggi.

Ini akan terjadi, ujar beliau, sekiranya kerajaan gagal mempelbagaikan hasil pendapatan untuk menampung perbelanjaan yang semakin besar.

"Sekiranya jangkaan hasil kerajaan tidak menepati sasaran, apakah lebih banyak duit yang akan diambil dari rakyat untuk menampung perbelanjaan kerajaan?

"Apakah itu intipati sebenar di sebalik mesej ‘ikat perut’ PM ketika membentangkan bajet 2017?," tanya beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan kadar GST dikekalkan pada enam peratus dengan unjuran perolehan sebanyak RM40 bilion berbanding RM38.5 bilion tahun ini dan sekaligus membentuk 18.2 peratus daripada jumlah hasil negara.

Beberapa hari yang lalu, PAS mencadangkan cukai ke atas keuntungan yang dibuat hasil saham yang diperdagangkan di Bursa Saham Malaysia dan simpanan syarikat serta korporat bagi menggantikan GST.

Parti itu mendakwa dengan pelaksanaan cukai berkenaan akan membawa anggaran hasil sebanyak RM51.5 bilion, yang jauh lebih tinggi daripada GST.

Ia membuat cadangan ini dalam Dokumen Hijau, sebuah dokumen yang memperincikan cadangan penyelesaian parti itu berhubung isu ekonomi yang disebabkan oleh GST, penurunan nilai mata wang dan kenaikan kos sara hidup.

PAS berhujah sementara GST mencukai golongan miskin, cukai ke atas simpanan korporat dan dagangan saham akan menjadikan golongan kaya sebagai sasaran.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, dengan ekonomi dunia yang dijangka tidak menentu pada 2017, cara kerajaan membuat jangkaan kutipan hasil daripada cukai pendapatan individu dan syarikat akan meningkat boleh disifatkan sebagai goyah.

"Pada 2016, selain ringgit mencapai nilai terendah dalam sejarah negara, kilang-kilang besar seperti JVC di Shah Alam, Seagate, Western Digital di Pulau Pinang telah menutup kilangnya di Malaysia kerana ekonomi dunia.

"Nilai ringgit yang rendah juga menyebabkan keuntungan pelbagai syarikat berkurangan.

"Berdasarkan itu, negara kira bernasib baik sekiranya tiada syarikat lain meninggalkan Malaysia dan penggangguran tidak meningkat pada tahun 2017 apatah lagi ingin mendapat peningkatan hasil daripada cukai pendapatan individu mahupun syarikat," tambahnya.



Demikianlah Artikel GST mungkin naik jika BN kekal pasca PRU14, kata PAS

Sekianlah artikel GST mungkin naik jika BN kekal pasca PRU14, kata PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel GST mungkin naik jika BN kekal pasca PRU14, kata PAS dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/gst-mungkin-naik-jika-bn-kekal-pasca.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :