Jabatan Peguam Negara tunggu siasatan polis kes ular

Jabatan Peguam Negara tunggu siasatan polis kes ular - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Peguam Negara tunggu siasatan polis kes ular, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Peguam Negara tunggu siasatan polis kes ular
link : Jabatan Peguam Negara tunggu siasatan polis kes ular

Baca juga


Jabatan Peguam Negara tunggu siasatan polis kes ular

SINAR HARIAN

kes ular
Jurulatih dan pembantu jurulatih terlibat menunjukkan kolam di mana insiden tersebut berlaku.
 
 
PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara akan menunggu siasatan polis berhubung insiden mencampak ular ke dalam kolam semasa aktiviti kem bina semangat di Perak selesai sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengambil maklum bahawa siasatan telah dimulakan oleh pihak polis berhubung perkara tersebut.

"Jabatan ini akan memberi pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan yang akan dikemukakan kelak," katanya.

Menurut kenyataan itu, Jabatan Peguam Negara memandang serius insiden mencampak ular semasa aktiviti kem bina semangat yang disertai pelajar sekolah rendah di Kuala Kangsar, Perak.

Dalam rakaman insiden yang menjadi viral dalam laman sosial, sekumpulan kanak-kanak perempuan kelihatan menangis dan menjerit-jerit setelah ular dicampakkan ketika melakukan latihan meredah kolam berselut.

Sebelum ini, Kolonel Pertahanan Awam Perak Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman memaklumkan empat jurulatih dan enam pembantu jurulatih digantung tugas serta-merta sehingga siasatan lanjut mengenai kes berkenaan selesai. - Bernama




Demikianlah Artikel Jabatan Peguam Negara tunggu siasatan polis kes ular

Sekianlah artikel Jabatan Peguam Negara tunggu siasatan polis kes ular kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Peguam Negara tunggu siasatan polis kes ular dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/jabatan-peguam-negara-tunggu-siasatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :