Judul : Jamal ditahan polis di KLIA
link : Jamal ditahan polis di KLIA
Jamal ditahan polis di KLIA
MALAYSIA GAZETTEKetua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos ditahan oleh Polis Diraja Malaysia sebaik sahaja pulang bercuti dari Dubai pagi tadi.
Presiden Gerakan NGO Malaysia itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabang Kuala Lumpur (KLIA) dan dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Polis Dang Wangi.
"Saya ditahan di KLIA oleh polis Bukit Aman setelah tiba dari luar negara dan akan dibawa ke IPD Dang Wangi sekarang," katanya dalam satu mesej telefon sebentar tadi.
Jamal diiringi beberapa anggota PDRM semasa keluar dari KLIA dan dipercayai bagi diambil keterangan berhubung laporan polis berkenaan insiden kumpulan Baju Merah baru-baru ini.
Sebelum itu, Jamal yang mengetuai Kumpulan Baju Merah mengadakan perhimpunan di kawasan yang sama pelancaran konvoi BERSIH 5 yang diketuai Maria Chin Abdullah.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tidak kira kumpulan yang berbaju merah atau kuning tindakan akan dikenakan sekiranya mereka melanggar Akta Perhimpunan Aman.--MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Jamal ditahan polis di KLIA
Sekianlah artikel Jamal ditahan polis di KLIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jamal ditahan polis di KLIA dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/jamal-ditahan-polis-di-klia.html