Mahathir soal apa Najib mahu transformasi dengan TN50

Mahathir soal apa Najib mahu transformasi dengan TN50 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir soal apa Najib mahu transformasi dengan TN50, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir soal apa Najib mahu transformasi dengan TN50
link : Mahathir soal apa Najib mahu transformasi dengan TN50

Baca juga


Mahathir soal apa Najib mahu transformasi dengan TN50

MALAYSIAKINI


Tun Dr Mahathir Mohamad mahu tahu apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercadang untuk ubah dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).


"Saya tidak tahu apa-apa mengenainya. Apa transformasi itu?” soalnya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku di Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir diminta mengulas mengenai TN50 yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2017 minggu lalu.

Bekas perdana menteri itu berkata Najib sebelum ini telah menggariskan banyak perkara yang perlu dilakukan tetapi "tiada apa yang berlaku".

Disoal mengenai kenyataan Najib bahawa sudah tiba masanya untuk membiarkan "legasi lama berlalu", Mahathir memberi reaksinya dengan senyuman sinis dan meninggikan bahunya.

Najib pada ucapannya Jumaat lalu tidak membuat sebarang rujukan kepada Wawasan 2020 cetusan Dr Mahathir untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, tetapi berkata sudah tiba masa untuk mengketepikan legasi masa lalu.

Najib berkata kerajaan akan melancarkan satu siri wacana nasional untuk menentukan hala tuju masa depan negara di bawah TN50.

Katanya TN50 akan dipacu oleh generasi muda yang terdiri daripada kalangan semua kaum melalui wacana-wacana nasional.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu menahu yang penyokong tegarnya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, telah meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

"Saya tidak tahu, saya tidak dengar lagi."

Ditanya sama ada dirinya terkejut dengan keputusan Khairuddin, Mahathir berkata bahawa beliau tidak tahu sama ada berita itu benar atau sebaliknya.

"(Saya) kena cakap dengan Datuk Seri (Khairuddin)," katanya, apabila dimaklumkan berita berkenaan telah dilaporkan.

Pengumuman Khairuddin, yang dibuat melalui satu kenyataan, datang sebagai satu kejutan kerana beliau sebelum ini berulang kali berkata dirinya tidak akan menyertai parti itu dan adalah tidak jelas bila beliau sebenarnya menyertai BERSATU.





Demikianlah Artikel Mahathir soal apa Najib mahu transformasi dengan TN50

Sekianlah artikel Mahathir soal apa Najib mahu transformasi dengan TN50 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir soal apa Najib mahu transformasi dengan TN50 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/mahathir-soal-apa-najib-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :