Polis rampas dua kereta mewah 'Datuk Seri'

Polis rampas dua kereta mewah 'Datuk Seri' - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis rampas dua kereta mewah 'Datuk Seri', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis rampas dua kereta mewah 'Datuk Seri'
link : Polis rampas dua kereta mewah 'Datuk Seri'

Baca juga


Polis rampas dua kereta mewah 'Datuk Seri'

SINAR HARIAN

Lamboghini
Amar Singh (kiri) memeriksa kereta mewah milik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang disita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

 
KUALA LUMPUR - Polis merampas sebuah kereta Rolls‎ Royce dan sebuah kereta Lamborghini Aventador bernilai RM3.4 juta milik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di sebuah pangsapuri di Jalan Raja Chulan di sini, dalam serbuan pada Isnin dan semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, kereta Rolls Royce berwarna emas itu dirampas kerana dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu dan tidak berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Kereta Lamborghini Aventador berwarna kuning pula mempunyai kesalahan kastam," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, rampasan kereta Rolls Royce itu dibuat sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada jam 1 tengah hari Isnin lalu.

"Kenderaan itu diparkir di kawasan parkir pangsapuri berkenaan. Seorang lelaki berusia 39 tahun yang merupakan pemandu kereta itu turut ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Susulan siasatan polis, beliau berkata polis merampas kereta Lamborghini Aventador itu di lokasi sama petang semalam.

Amar Singh berkata, Datuk Seri berusia 50 tahun itu, yang berasal dari Kelantan dan menjalankan perniagaan di negeri itu, kini berada di luar negara.

Semakan akan dibuat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan JPJ bagi mendapatkan pengesahan berkaitan status kedua-dua kereta itu. - Bernama




Demikianlah Artikel Polis rampas dua kereta mewah 'Datuk Seri'

Sekianlah artikel Polis rampas dua kereta mewah 'Datuk Seri' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis rampas dua kereta mewah 'Datuk Seri' dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/polis-rampas-dua-kereta-mewah-datuk-seri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :