Judul : PRU14, BN Kedah Akan Tumbang - Muhyiddin
link : PRU14, BN Kedah Akan Tumbang - Muhyiddin
PRU14, BN Kedah Akan Tumbang - Muhyiddin
Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Barisan Nasional (BN) akan tumbang di Kedah pada pilihan raya akan datang.
Muhyiddi dalam sebahagian daripada temubual eksklusif Sinarharian online seperti dilapor hari ini dipetik berkata, dengan sentimen rakyat di negeri jelapang padi itu selepas bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir digugurkan daripada jawatannya.
"Selepas Mukhriz disingkirkan...mungkin sudah cukup matang untuk BN tumbang, sebab saya tengok sentimen rakyat Kedah selepas peristiwa itu berlaku ia amat tidak baik bagi BN,penerimaan mereka kepada MB baharu (maaf cakap) tidak sehebat Mukhriz," katanya.
Muhyiddin mendakwa sebelum tindakan penyingkiran Muhriz dilakukan beliau telah menghantar satu pesanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Sebelum Najib pecat Mukhriz saya hantar mesej kepada beliau saya beritahu 'amaran baik' jangan buat begitu...itu permulaan kepada kejatuhan BN, tapi yang pasti mereka tidak endahkan, jadi perkiraan saya BN di Kedah sudah cukup ranum dan cukup matang untuk terjatuh," katanya.
Mukhriz dipecat daripada Umno pada Jun lalu, dan disingkirkan daripada jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah dan diganti dengan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah lapor MalaysiaDateline
Demikianlah Artikel PRU14, BN Kedah Akan Tumbang - Muhyiddin
Sekianlah artikel PRU14, BN Kedah Akan Tumbang - Muhyiddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14, BN Kedah Akan Tumbang - Muhyiddin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/pru14-bn-kedah-akan-tumbang-muhyiddin.html