Rebanlah Semua Itu, Buang Putrajaya, Cyberjaya, KLIA Semuanya.. Kata Mahathir

Rebanlah Semua Itu, Buang Putrajaya, Cyberjaya, KLIA Semuanya.. Kata Mahathir - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rebanlah Semua Itu, Buang Putrajaya, Cyberjaya, KLIA Semuanya.. Kata Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rebanlah Semua Itu, Buang Putrajaya, Cyberjaya, KLIA Semuanya.. Kata Mahathir
link : Rebanlah Semua Itu, Buang Putrajaya, Cyberjaya, KLIA Semuanya.. Kata Mahathir

Baca juga


Rebanlah Semua Itu, Buang Putrajaya, Cyberjaya, KLIA Semuanya.. Kata Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salled Said Keruak kerana mencadangkan jika kerajaan mahu memusnahkan legasi bekas perdana menteri, mereka akan meruntuhkan bangunan ikonik KLCC.


"Apalah salah saya? Saya angkat dia jadi Ketua Menteri Sabah dulu masa saya perdana menteri. Tetapi sekarang dia marah kepada saya. Dia nasihatkan kerajaan supaya jangan ada legasi Dr Mahathir. Kita hapuskan, cara nak hapus, kita rebankan KLCC.

"Pasal apa KLCC sahaja? Jabatan Perdana Menteri pun dulu saya buat, rumah perdana menteri pun saya buat juga. Rebanlah semua itu, buang Putrajaya, Cyberjaya, KLIA semuanya.

“Takut orang ingat saya, saya tak suruh orang ingat saya,” kata Dr Mahathir semasa ceramah mega Amanah di Shah Alam malam semalam.

Video ucapan beliau dimuat naik di laman Facebook AMANAH GHB Media TV.

Mahathir berkata mereka yang berkuasa takut bahawa rakyat akan mengenang segala sumbangannya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

"Tetapi saya tak pernah minta orang ramai untuk ingat saya

"Adakah mana-mana tempat yang ada nama saya? Tak ada, satu pun tak ada.

"Saya tegah. Sebaliknya dulu, kalau jadi menteri pelajaran, sekolah-sekolah dulu semua nama menteri pelajaran,” katanya.

Dr Mahathir berkata semasa tempoh beliau memegang jawatan, beliau melarang sekolah, jalan dan bangunan dinamakan atas nama menteri dan pegawai yang masih hidup.

“Nama menteri tak boleh dipasang di mana-mana sekolah. Dah jadi perdana menteri, nama jalan pun tak boleh.

“Kalau nak nama awak dikenakan (diletakkan) pada apa-apa bangunan, mati dulu,” katanya sambil disambut dengan gelakan hadirin lapor Malaysiakini




Demikianlah Artikel Rebanlah Semua Itu, Buang Putrajaya, Cyberjaya, KLIA Semuanya.. Kata Mahathir

Sekianlah artikel Rebanlah Semua Itu, Buang Putrajaya, Cyberjaya, KLIA Semuanya.. Kata Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rebanlah Semua Itu, Buang Putrajaya, Cyberjaya, KLIA Semuanya.. Kata Mahathir dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/rebanlah-semua-itu-buang-putrajaya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :