Seru pimpinan parti politik, NGO kutuk tindakan Israel terhadap WBG

Seru pimpinan parti politik, NGO kutuk tindakan Israel terhadap WBG - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seru pimpinan parti politik, NGO kutuk tindakan Israel terhadap WBG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seru pimpinan parti politik, NGO kutuk tindakan Israel terhadap WBG
link : Seru pimpinan parti politik, NGO kutuk tindakan Israel terhadap WBG

Baca juga


Seru pimpinan parti politik, NGO kutuk tindakan Israel terhadap WBG

DETIK DAILY
 



Kita digemparkan dengan berita tahanan Kapal Zaytouna-Oliva yang membawa 13 wanita ahli misi Women`s Boat To Gaza (WBG) oleh Tentera Israel sekitar Jam 9.58 malam (waktu Malaysia) pada 5 Oktober .


Kapal tersebut dijangka akan ditunda oleh tentera Israel menuju Pelabuhan Ashdod menurut sumber berita daripada Page Rose To Rose.

"Misi ini adalah sekecil usaha ke arah pembebasan Palestin dan kita mahu wanita dan kanak-kanak di Palestin merasakan dunia ini cakna pada nasib mereka"

Inilah kata-kata dari satu-satunya wanita Malaysia yang menyertai misi ini, Dr Fauziah Bt Hj Hassan ketika saya mengadakan pertemuan dengannya pada tarikh 6 September 2016 di Hospital Ampang Puteri.

Gaza merupakan penjara terbesar yang menempatkan hampir 2 juta manusia yang terkepung, disekat dari keluar masuk dan mereka hidup dengan penuh kesengsaraan yang mana rumah, sekolah, hospital dan sebagainya dibom oleh Israel.

Perjuangan membebaskan bumi Palestin ini adalah tanggungjawab kita semua. Kerana 3 perkara. Pertama, kerana atas dasar kemanusiaan, kedua kerana mereka adalah saudara seislam kita dan ketiga kerana bumi Palestin yang terletaknya Masjid AlAqsa yang merupakan kiblat pertama umat islam.

Misi Womens Boat To Gaza yang disertai oleh 13 orang wanita ini cukup berjaya membuka mata masyarakat dunia bahawa perjuangan membebaskan Palestin masih belum selesai.

Penulis Nik Fatma Amirah dan Dr Fauziah HassanPenulis Nik Fatma Amirah dan Dr Fauziah HassanKita sedia maklum, misi Womens Boat To Gaza mengetengahkan objektif yang cukup besar iaitu menghentikan kepungan di Gaza yang berlarutan selama hampir 10 tahun.

Seterusnya, tujuan penganjuran misi keamanan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dunia bahawa hak-hak rakyat Palestin harus dikembalikan disamping menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin terutamanya wanita dan kanak-kanak dan perjuangan membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Zionis merupakan usaha bersama seluruh dunia.

Kapal Zaytouna-Oliva membelah lautan selama hampir 20 hari, membawa misi kemanusiaan, keamanan, cinta dan kedamaian, lalu berakhir dengan tahanan oleh Zionis pengecut!

Oleh itu, saya menyeru kepada semua pimpinan daripada semua Parti Politik dan NGO di Malaysia supaya:

1- Mengutuk dan mengecam tindakan Israel terhadap 13 orang ahli misi Womens Boat To Gaza sebagai tindakan penakut

2- Mendesak supaya tawanan dibebaskan segera dan diberikan pelepasan untuk menjayakan misi pelayaran
3- Mengecam Israel kerana mengancam keamanan

4- Pembayaran pampasan kos ganti rugi kerana mengancam semua rakyat yang terlibat.

#IsraelPengecut
#shameonyouIsrael



Demikianlah Artikel Seru pimpinan parti politik, NGO kutuk tindakan Israel terhadap WBG

Sekianlah artikel Seru pimpinan parti politik, NGO kutuk tindakan Israel terhadap WBG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seru pimpinan parti politik, NGO kutuk tindakan Israel terhadap WBG dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/seru-pimpinan-parti-politik-ngo-kutuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :