Tiada Deepavali buat lima sekeluarga selepas kehilangan Logeswaran

Tiada Deepavali buat lima sekeluarga selepas kehilangan Logeswaran - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Deepavali buat lima sekeluarga selepas kehilangan Logeswaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Deepavali buat lima sekeluarga selepas kehilangan Logeswaran
link : Tiada Deepavali buat lima sekeluarga selepas kehilangan Logeswaran

Baca juga


Tiada Deepavali buat lima sekeluarga selepas kehilangan Logeswaran

THE MALAYSIAN TIMES


14639611_10153884697612031_6311759779025519352_n


TELUK INTAN: Tiada sambutan Deepavali Sabtu ini buat lima sekeluarga selepas seorang anggota keluarga itu terkorban dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor, semalam.

Dalam insiden di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA pagi semalam, enam pesakit maut dan seorang daripadanya adalah K.Logeswaran, 20, yang ditempatkan di wad berkenaan selepas terlibat dalam satu kemalangan di Tampoi, Sabtu lalu.

Ibu mangsa K. Nagesvari, 49, yang masih trauma dengan kehilangan anak ketiga daripada empat beradik itu berkata tiada sebarang persiapan dibuat bagi menyambut Deepavali tahun ini.

“Kesedihan anak saya masuk hospital sebab kemalangan masih belum hilang, sekarang ditambah pula dengan derita bahawa anak saya mati terbakar dalam hospital.

“Dengan apa yang menimpa kami sekeluarga, kami tidak akan menyambut Deepavali bagi menghormati mendiang dan kami juga akan berkabung selama setahun,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Ladang Rubana di sini hari ini.

Suasana pilu menyelubungi rumah Nagesvari dengan kehadiran saudara mara dan kenalan terdekat bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Logeswaran yang disemadikan di Tanah Perkuburan Hindu Ladang Rubana kira-kira 2 petang tadi.

Nagesvari berkata Logeswaran merupakan seorang anak yang baik dan banyak membantu keluarga yang hanya bekerja sebagai buruh ladang terutama daripada segi kewangan.

Sementara itu abang kepada mendiang, K. Sethupathy, 23, berkata adiknya yang baru 13 hari bekerja sebagai tukang cuci di Singapura kemalangan ketika hendak pergi bekerja dan mengakibatkan kecederaan pada bahagian tengkuk belakang.

Sethupathy berkata beliau bersama ibu mereka serta seorang rakan mangsa, A. Kovalan, 29, berada di tempat HSA dan menyaksikan sendiri kebakaran itu.

“Kami diarahkan keluar ke luar perkarangan hospital. Bila semua ini (kebakaran) habis, saya sangat sedih kerana adik saya tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Bagi Kovalan yang turut terlibat dalam kemalangan bersama Logeswaran dia berasa terkilan kerana rakan sepermainan sejak kecil maut dalam keadaan yang menyayat hati.

“Kami telah beli tiket balik ke kampung untuk menyambut Deepavali, namun tidak sangka pula kami terlibat dalam kemalangan dan dia telah terkorban akibat kebakaran itu,” kata Kovalan.    — Bernama



Demikianlah Artikel Tiada Deepavali buat lima sekeluarga selepas kehilangan Logeswaran

Sekianlah artikel Tiada Deepavali buat lima sekeluarga selepas kehilangan Logeswaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Deepavali buat lima sekeluarga selepas kehilangan Logeswaran dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/tiada-deepavali-buat-lima-sekeluarga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :