Adam Adli yakin, tapi sedia dipenjara jika rayuan gagal

Adam Adli yakin, tapi sedia dipenjara jika rayuan gagal - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adam Adli yakin, tapi sedia dipenjara jika rayuan gagal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adam Adli yakin, tapi sedia dipenjara jika rayuan gagal
link : Adam Adli yakin, tapi sedia dipenjara jika rayuan gagal

Baca juga


Adam Adli yakin, tapi sedia dipenjara jika rayuan gagal

Alyaa Alhadjri


 
Dengan kemungkinan berdepan hukuman penjara esok, aktivis Adam Adli Abdul Halim masih bersikap optimis.

Bagaimanapun, Adam bersedia jika keputusan dalam rayuan terakhir berhubung pertuduhan hasutan terhadapnya memaksa beliau menghabiskan masa di penjara.

Keyakinan itu berikutan keputusan mahkamah rayuan pada Mei yang mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan yang dikenakan ke atas aktivis sosial Hishamuddin Rais kerana menghasut.

"Sebelum ini kes Hisham Rais, dia dibebaskan akhirnya. Jadi saya optimis, tapi pada masa yang sama kalau kalah pun saya sedia.

"Kes ni pun dah berjalan lama jadi saya dah lama sedia. Keluarga pun sama, mereka selalu sokong," katanya kepada Malaysiakini.

Aktivis pelajar berusia 24 tahun itu didakwa pada 23 Mei 2013 kerana menggesa kerajaan yang dipilih dijatuhkan, dalam satu forum pada 13 Mei tahun yang sama.

Pada 19 September 2014, Mahkamah Sesyen mendapati beliau bersalah di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan.

Adam Adli gagal mengetepikan sabitan hasutan pada Februari tahun ini, tetapi Mahkamah Tinggi memutuskan beliau hanya perlu membayar RM5,000 denda berbanding setahun penjara.

Hakim Mahkamah Tinggi Ab Karim Ab Rahman berkata hukuman penjara satu tahun yang dikenakan adalah berlebihan memandangkan ucapan perayu tidak menyebabkan apa-apa kesan negatif atau menyebabkan kejadian yang tidak diingini dalam masyarakat.

Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan akhir pendakwaan esok dalam kes Adam Adli.




Demikianlah Artikel Adam Adli yakin, tapi sedia dipenjara jika rayuan gagal

Sekianlah artikel Adam Adli yakin, tapi sedia dipenjara jika rayuan gagal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adam Adli yakin, tapi sedia dipenjara jika rayuan gagal dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/adam-adli-yakin-tapi-sedia-dipenjara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :