Bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Anggap Siasatan Skandal PKFZ Buang Masa..

Bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Anggap Siasatan Skandal PKFZ Buang Masa.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Anggap Siasatan Skandal PKFZ Buang Masa.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Anggap Siasatan Skandal PKFZ Buang Masa..
link : Bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Anggap Siasatan Skandal PKFZ Buang Masa..

Baca juga


Bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Anggap Siasatan Skandal PKFZ Buang Masa..


Bekas pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datuk Lee Hwa Beng menyifatkan siasatan berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sebagai usaha yang hanya "membuang masa".

Ini berikutan keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam yang membebaskan bekas pengurus besar LPK, OC Phang daripada tuduhan pecah amanah. "Saya beri keterangan terhadapnya selama dua minggu dan kes (PKFZ) berlangsung selama kira-kira tujuh tahun. "Jadi sekarang, bagi saya, semua ini hanya membuang masa dan juga pembaziran wang kerajaan," kata Lee. Lee adalah antara tokoh utama dalam siasatan kerajaan mengenai lebihan kos PKFZ. Projek yang dimiliki oleh LPK itu pada mulanya hanya dianggarkan bernilai RM1.957 bilion pada tahun 2001. Bagaimanapun, menjelang tahun 2006, harga projek itu meningkat kepada RM4.6 bilion dan sedang menghadapi masalah kewangan. Ini memaksa kerajaan meminjamkan LPK RM4.632 bilion untuk membantu membiayai PKFZ. Lee dilantik sebagai pengerusi LPK oleh menteri pengangkutan ketika itu, Tan Sri Ong Tee Keat pada tahun 2008, selepas skandal tersebut didedahkan. Di bawah teraju Lee, LPK melantik Pricewaterhouse Coopers (PwC) untuk mengaudit akaun PKFZ. Audit mendedahkan salah urus dan menganggarkan sekiranya pembayaran balik dilakukan kepada semua pemiutangnya dan dicampur dengan unjuran aliran tunai LPK, perbelanjaan projek itu akan menelan kos RM12.5 bilion. Susulan laporan audit itu, Phang didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah manakala dua menteri kabinet - Tun Dr Ling Liong Sik dan Tan Sri Chan Kong Choy - didakwa, antara lain, cuba "menipu" kerajaan. Kedua-dua Ling dan Chan akhirnya dibebaskan daripada semua pertuduhan. Walau bagaimanapun, saman sivil LPK ke atas Phang berhubung tuduhan pecah amanah masih berterusan. "Saman itu difailkan oleh Lembaga Pelabuhan Klang semasa saya menjadi pengerusi. "Selepas banyak kali penangguhan, akhirnya perbicaraan akan bermula pada Disember," kata Lee, yang menambah bahawa beliau akan menjadi saksi.


Demikianlah Artikel Bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Anggap Siasatan Skandal PKFZ Buang Masa..

Sekianlah artikel Bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Anggap Siasatan Skandal PKFZ Buang Masa.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Anggap Siasatan Skandal PKFZ Buang Masa.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/bekas-pengerusi-lembaga-pelabuhan-klang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :