Judul : Bersih 5: Arutchelvan Dari PSM, Aktivis Pelajar Luqman Ditahan
link : Bersih 5: Arutchelvan Dari PSM, Aktivis Pelajar Luqman Ditahan
Bersih 5: Arutchelvan Dari PSM, Aktivis Pelajar Luqman Ditahan
DETIK DAILYPETALING JAYA: Pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan dan aktivis pelajar, Luqman Nul Hakim Zul Razali yang terbaru ditahan berhubung perhimpunan Bersih 5.0 pada Sabtu.
Kedua-dua mereka dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Jumaat.
"Berdasarkan maklumat yang saya terima, beliau telah ditahan. Saya fikir beliau dibawa ke IPK KL," kata Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim kepada The Star Online.
"Beliau sebelum itu di Brickfields. Dua kereta polis datang dan tahan beliau," tambahnya.
Jurucakap Gabungan Tangkap MO1, Anis Syafiqah Md Yusof memberitahu The Star Online bahawa Luqman ditahan dekat Genting Sampah pada pukul 6.15 malam Jumaat.
"Dia ditahan di bawah (Seksyen) 147 Kanun Keseksaan," kata Anis.
Seksyen 147 Kanun Keseksaan merujuk kepada merusuh dan jika disabitkan membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda.
Setakat pukul 8 malam, polis menahan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Ahli Sekretariat Bersih, Mandeep Singh.
Polis turut menahan Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran, Ronnie Liu.
Demikianlah Artikel Bersih 5: Arutchelvan Dari PSM, Aktivis Pelajar Luqman Ditahan
Sekianlah artikel Bersih 5: Arutchelvan Dari PSM, Aktivis Pelajar Luqman Ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bersih 5: Arutchelvan Dari PSM, Aktivis Pelajar Luqman Ditahan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/bersih-5-arutchelvan-dari-psm-aktivis.html