Judul : Cikgu Sertai BERSIH Akan Dikenakan Tindakan..
link : Cikgu Sertai BERSIH Akan Dikenakan Tindakan..
Cikgu Sertai BERSIH Akan Dikenakan Tindakan..
Guru yang didapati menyertai perhimpunan Bersih yang dijadual berlangsung Sabtu ini akan berhadapan tindakan disiplin, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
>Beliau berkata tindakan tatatertib yang akan dikenakan termasuk digantung tugas.
“Selain guru, sekiranya ada pegawai dan kakitangan kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah yang didapati menyertai perhimpunan, juga akan dikenakan tindakan yang sama,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Kepimpinan Bett Asia 2016 yang akan berlangsung selama 2 hari di sini, mulai hari ini.
Dalam pada itu, Mahdzir turut mengingatkan supaya tidak melibatkan pelajar untuk menyertai perhimpunan itu.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa wujud sindiket menjual soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016, beliau berkata kementerian menyerahkan perkara itu kepada polis untuk melakukan siasatan.
Laporan penuh silalah baca di SINI
Demikianlah Artikel Cikgu Sertai BERSIH Akan Dikenakan Tindakan..
Sekianlah artikel Cikgu Sertai BERSIH Akan Dikenakan Tindakan.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cikgu Sertai BERSIH Akan Dikenakan Tindakan.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/cikgu-sertai-bersih-akan-dikenakan.html