Himpunan 9 Nov tetap terus di sebalik k’jaan haramkan BERSIH 2.0

Himpunan 9 Nov tetap terus di sebalik k’jaan haramkan BERSIH 2.0 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Himpunan 9 Nov tetap terus di sebalik k’jaan haramkan BERSIH 2.0, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Himpunan 9 Nov tetap terus di sebalik k’jaan haramkan BERSIH 2.0
link : Himpunan 9 Nov tetap terus di sebalik k’jaan haramkan BERSIH 2.0

Baca juga


Himpunan 9 Nov tetap terus di sebalik k’jaan haramkan BERSIH 2.0

Hafiz Yatim

 


Himpunan BERSIH 5 akan diteruskan seperti dijadualkan pada 19 November, di sebalik pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa BERSIH 2.0 bukan badan yang sah kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah berkata tidak ada keperluan untuk gabungan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk didaftarkan dengan ROS.

"Terdapat banyak NGO lain yang tidak berdaftar (tetapi dibenarkan untuk fungsi). Justeru, kami akan teruskan perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November. Ini juga adalah di sebalik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan kita menggunakan Dataran Merdeka dan Jalan Raja.

"Dewan Bandaraya perlu henti memberi alasan bahawa Dataran Merdeka adalah harta swasta, kerana ia adalah milik rakyat dan Perarakan Merdeka tahunan juga diadakan di sana. Ia milik rakyat," katanya.

Maria juga merujuk, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 1 Julai, 2012 yang membatalkan pengharaman BERSIH 2.0 yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, yang ketika itu diterajui oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang mengisytiharkannya sebagai sebuah pertubuhan haram.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam keputusannya berkata pengisytiharan Hishammuddin adalah "tercemar dengan tidak rasional" kerana terdapat rundingan berlaku antara BERSIH 2.0 dan kerajaan.

Menurut Maria, memandangkan kerajaan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Datuk Rohana itu, maka keputusan mahkamah itu masih terpakai.

Tambahan pula, kata timbalan Maria, Shahrul Aman Mohd Saari, BERSIH secara rasmi berjaya menghadap dengan Yang di-Pertuan Agong suatu ketika dahulu, oleh itu bagaimana mungkin gabungan berkenaan diisytiharkan haram.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Khamis lalu berkata BERSIH dan gerakan ‘baju merah’ tidak didaftarkan di bawah ROS dan oleh itu mereka dilarang mengadakan perhimpunan.

LIHAT  VIDEO DI SINI




Demikianlah Artikel Himpunan 9 Nov tetap terus di sebalik k’jaan haramkan BERSIH 2.0

Sekianlah artikel Himpunan 9 Nov tetap terus di sebalik k’jaan haramkan BERSIH 2.0 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Himpunan 9 Nov tetap terus di sebalik k’jaan haramkan BERSIH 2.0 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/himpunan-9-nov-tetap-terus-di-sebalik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :