Jamal mahu bawa baju merah ke Malaysiakini pula

Jamal mahu bawa baju merah ke Malaysiakini pula - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jamal mahu bawa baju merah ke Malaysiakini pula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jamal mahu bawa baju merah ke Malaysiakini pula
link : Jamal mahu bawa baju merah ke Malaysiakini pula

Baca juga


Jamal mahu bawa baju merah ke Malaysiakini pula

Alyaa Alhadjri


Pemimpin baju merah yang berkaitan dengan Umno, Datuk Seri Jamal Md Yunos mahu penyokongnya untuk berhimpun dan membantah di luar pejabat Malaysiakini Sabtu ini.

“Kami lihat tempat ini (pejabat Malaysiakini) sesuai kerana Malaysiakini adalah juga penerima dana (George) Soros,”katanya kepada pemberita di luar balai polis daerah Dang Wangi petang ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Md Amin Nordin Abdul Aziz yang berkata Dataran Merdeka adalah kawasan larangan bagi penyokong baju merah dan juga kepada penyokong BERSIH.

“Saya menghormati apa jawapan Datuk Bandar. Kami telah memohon dan lakukan apa yang sepatutnya,” kata Jamal yang juga adalah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

Jamal sebelum ini telah membuat laporan polis terhadap BERSIH atas dakwaan bahawa pakatan reformasi pilihan raya itu adalah penerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh jutawan, George Soros.

Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan berkata adalah hak demokrasi bagi kumpulan baju merah mengadakan bantahan secara aman.

"Kami telah memberikan penjelasan terperinci mengenai dana yang diperolehi daripada Open Society Foundation (OSF) dan lebih daripada bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya ada siasatan.

"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Malaysiakini bukan mahu menjatuhkan kerajaan tetapi sebaliknya menuntut mereka yang berkuasa bertanggungjawab terhadap rakyat.

“Ini adalah kepada peranan asas mana-mana organisasi media," katanya.



Demikianlah Artikel Jamal mahu bawa baju merah ke Malaysiakini pula

Sekianlah artikel Jamal mahu bawa baju merah ke Malaysiakini pula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jamal mahu bawa baju merah ke Malaysiakini pula dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/jamal-mahu-bawa-baju-merah-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :