Judul : Jawapan Dari AMK Ampang Buat Jamal Yang Menuduh Ketuanya Kaya Kerana Jawatan..
link : Jawapan Dari AMK Ampang Buat Jamal Yang Menuduh Ketuanya Kaya Kerana Jawatan..
Jawapan Dari AMK Ampang Buat Jamal Yang Menuduh Ketuanya Kaya Kerana Jawatan..
Entah dari mana dia kutip cerita tak tahulah.. Jamal dakwa seorang pemimpin 28 tahun dari AMK memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR..
Dia kata “Terbongkar sebuah kisah bagaimana seorang yang berumur 28 tahun memegang jawatan daripada PKR tak sampai sepenggal memiliki kekayaan yang sangat luar biasa… rumah banglo, kereta berbelas biji, kereta berjuta-juta (ringgit),”
Jadi esok pukul 12.00 tengahari diapun jemputlah wartawan untuk naik Heli kawan dia punya untuk meninjau kekayaan mamat tu..
Ok.. ni jawapan dari AMK Ampang tu buat Jamal..
KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN AMPANG
Angkatan Muda Keadilan Ampang mengecam tindakan biadap Kumpulan Berbaju Merah yang diketuai oleh Jamal serta Ismail Kijo dan pemimpin Umno Bahagian Ampang , yang menyerang rumah Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang dengan kehadiran lebih 100 orang berhimpun , mengambil gambar , rakaman video serta melemparkan tuduhan jahat melalui media kepada Dato Ketua AMK Ampang , Dato Seri Menteri Besar dan YB Ahli Parlimen Ampang .
Angkatan Muda Keadilan Ampang akan mengambil tindakan tegas , gagah dan berani untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan . Angkatan Muda Keadilan Ampang akan membuat laporan polis terhadap tindakan jahat serta fitnah jahat ini , Pimpinan Keadilan telah diberikan penerangan panjang serta padat mengenai sumber harta sebenar milik Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang .
Angkatan Muda Keadilan Ampang ingin tegaskan bahawa Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang tidak menjawat mana-mana jawatan lantikan politik dalam semua sektor dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor , sangat tidak wajar mengaitkan Kerajaan Selangor dalam isu ini . Keadilan terus komited melahirkan pemimpin yang bersih dan komited menjaga kepimpinan parti ini agar terus membawa agenda reformasi dalam pentadbiran .
Jesteru , Angkatan Muda Keadilan Ampang mencabar kejantanan Jamal dan Ismail Kijo untuk membuat laporan polis dan laporan ke SPRM serta memberikan segala bukti tuduhan jahat mereka segera dalam tempoh 24 Jam . Kami komited untuk mempertahankan kebenaran dan hak sebagai rakyat untuk memiliki kekayaan tanpa melibatkan dana politik . Keadilan bukan parti seperti umno yang memeras rakyat dan mengumpul kekayaan dalam berpolitik . Keadilan tekad untuk terus memastikan rezab Selangor terus bertambah dari tahun ke tahun dan kini selangor punyai rezab melebihi 4 bilion ringgit , ini menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor terbukti bersih dan menjaga amanah rakyat dengan baik .
Terima Kasih .
Muhd Harris Idaham Rashid
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang
Biro Guaman Angkatan Muda Keadilan Ampang .
Ayat ni best.. "Keadilan bukan parti seperti umno yang memeras rakyat dan mengumpul kekayaan dalam berpolitik ".. ha..ha..ha..
Demikianlah Artikel Jawapan Dari AMK Ampang Buat Jamal Yang Menuduh Ketuanya Kaya Kerana Jawatan..
Sekianlah artikel Jawapan Dari AMK Ampang Buat Jamal Yang Menuduh Ketuanya Kaya Kerana Jawatan.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jawapan Dari AMK Ampang Buat Jamal Yang Menuduh Ketuanya Kaya Kerana Jawatan.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/jawapan-dari-amk-ampang-buat-jamal-yang.html