Mahathir gesa rakyat sertai himpunan BERSIH5

Mahathir gesa rakyat sertai himpunan BERSIH5 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir gesa rakyat sertai himpunan BERSIH5, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir gesa rakyat sertai himpunan BERSIH5
link : Mahathir gesa rakyat sertai himpunan BERSIH5

Baca juga


Mahathir gesa rakyat sertai himpunan BERSIH5

DETIK DAILY
 



Sambil menyarung kemeja-T BERSIH5, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad muncul dalam apa yang percayai sebagai video promosi kempen perhimpunan BERSIH pada Sabtu ini.


Dalam mesej video sepanjang 1 minit 37 saat itu, Mahathir menggesa rakyat supaya turun ke jalanan beramai-ramai.

"Malaysia sekarang berada dalam keadaan cemas kerana pentadbiran (Perdana Menteri) Najib (Razak) telah menyebabkan negara berhutang berbilion-bilion ringgit yang tidak dapat dibayar oleh kerajaan dan negeri.

"Sebab itu kita mesti menunjukkan perasaan tidak puas hati kita kepada kerajaan melalui penyertaan dalam demonstrasi BERSIH di Dataran Merdeka dan juga tempat-tempat lain," kata Mahathir.

"Saya harap semua rakyat Malaysia akan menyertai demonstrasi BERSIH ini kerana mereka bertujuan untuk mecari jalan memulihkan semula negara kita ini dengan menukar kerajaan supaya dapat kerajaan yang tidak dipimpin oleh seseorang yang telah melesapkan wang begitu banyak, yang telah dituduh oleh seluruh dunia.

“Inilah harapan saya dan saya harap rakyat Malaysia akan memberi sokongan penuh dan mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan BERSIH,” katanya dalam video yang dikongsi oleh ADUN Teja Chang Lih Kang di Facebook beliau.

Mahathir membuat penampilan ringkas semasa perhimpunan BERSIH4 pada Ogos tahun lalu. Ketika itu beliau masih bersama Umno tetapi sudah dilabelkan sebagai pengkritik paling lantang berhubung skandal 1MDB dan kepemimpinan Najib.

Himpunan ketika itu diadakan bagi mendesak Najib disingkirkan atas dakwaan terpalit dengan 1MDB.-mkini



Demikianlah Artikel Mahathir gesa rakyat sertai himpunan BERSIH5

Sekianlah artikel Mahathir gesa rakyat sertai himpunan BERSIH5 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir gesa rakyat sertai himpunan BERSIH5 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/mahathir-gesa-rakyat-sertai-himpunan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :