Judul : Paras air empangan utama Selangor mencukupi, kata Exco
link : Paras air empangan utama Selangor mencukupi, kata Exco
Paras air empangan utama Selangor mencukupi, kata Exco
Oleh Haizal Yatiran
SHAH ALAM: Paras air di empangan-empangan utama di Selangor berada pada tahap yang mencukupi dan selamat, demikian menurut Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Zaidy Abdul Talib.
Zaidy turut memberitahu sidang DUN hari ini mengenai kapasiti terkini isipadu air bagi setiap empangan di negeri Selangor.
Empangan Sungai Selangor: 43.29% / 99.56 Juta Meter Padu
Empangan Sungai Tinggi: 51.56% / 59.04 Juta Meter Padu
Empangan Sungai Semenyih : 67.78% / 40.04 Juta Meter Padu
Empangan Sungai Langat: 71.74% / 24.26 Juta Meter Padu
Empangan Batu : 46.19% / 14.77 Juta Meter Padu
Empangan Klang Gates : 43.63% / 11.05 Juta Meter Padu
Empangan Tasik Subang : 50.78% / 2.14 Juta Meter Padu
Zaidy berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini berkenaan paras air empangan.
Zaidy turut menolak dakwaan bahawa Selangor bakal menghadapi krisis air pada tahun hadapan berikutan isipadu air di empangan-empangan utama ketika ini berada di atas paras kritikal.
"Dari sudut simpanan kritikal, 30% kalau spesifik Sungai Selangor, 69 juta padu, jadi saya sebut tadi, di atas paras kritikal, dibandingkan paras-paras sebelum ini ia adalah normal.
"Apatah lagi menghampiri musim monson timur laut, tengkujuh ini, hujan akan banyak turun kita doakan banyak hujan yang masuk ke dalam empangan-empangan di Sungai Selangor secara khusus dan empangan lain," katanya.
Daerah Semenyih berdepan krisis air paling teruk tahun ini apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa ditutup sebanyak enam kali ekoran masalah pencemaran.
Penutupan loji itu mengakibatkan hampir 1.8 juta pengguna di Lembah Klang terkesan.
Pelbagai pihak sebelum ini tampil membuat desakan agar kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali menyelesaikan isu ini.
Terbaru, pada minggu lalu, sekumpulan anak muda membuat demonstrasi di hadapan bangunan SUK sebagai bantahan terhadap isu air yang berlarutan di negeri ini.
Demikianlah Artikel Paras air empangan utama Selangor mencukupi, kata Exco
Sekianlah artikel Paras air empangan utama Selangor mencukupi, kata Exco kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Paras air empangan utama Selangor mencukupi, kata Exco dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/paras-air-empangan-utama-selangor.html