PAS buka pintu kerjasama untuk pihak sealiran matlamat perjuangan parti - Hadi

PAS buka pintu kerjasama untuk pihak sealiran matlamat perjuangan parti - Hadi - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS buka pintu kerjasama untuk pihak sealiran matlamat perjuangan parti - Hadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS buka pintu kerjasama untuk pihak sealiran matlamat perjuangan parti - Hadi
link : PAS buka pintu kerjasama untuk pihak sealiran matlamat perjuangan parti - Hadi

Baca juga


PAS buka pintu kerjasama untuk pihak sealiran matlamat perjuangan parti - Hadi

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
ARAU: PAS bersedia membuka pintu kerjasama kepada parti-parti yang sesuai dan sealiran dengan matlamat perjuangannya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS sudah membuka ruang itu sejak lama dahulu namun pihak-pihak yang sudi haruslah menghormati dan tidak mencampuri urusan dalamannya.
 
"PAS tiada masalah kalau ada yang nak masuk rumah kami.... tapi jangan pula lepas itu dia 'curi' dalam rumah kami," katanya kepada pemberita selepas ceramah perdana 'Budaya Politik Matang Dan RUU 355' di Balai Islam Madi, Jejawi di sini, Sabtu malam.
 
Abdul Hadi berkata PAS tidak pernah mengubah pendekatan bersifat terbuka dalam bekerjasama dengan pihak lain demi menegakkan syiar Islam dan mendapatkan keredaan Allah SWT.
 
"Pucuk pangkalnya ialah pihak yang mahu bekerjasama itu hendaklah faham dengan jelas bahawa PAS adalah pengemudi utama. Kami tiada masalah bergerak sendirian, bukan sekadar mahu memenangi PRU semata-mata," katanya.
 
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin pula menegaskan parti itu mengutamakan pihak yang boleh menerima Islam tanpa berbelah-bahagi serta menerima usaha dan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian, Akta 355 untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
 
Beliau berkata PAS tidak memandang bangsa atau agama kerana matlamat penting adalah untuk mengangkat perpaduan manusia demi kesejahteraan negara.
 
"Walaupun PAS menjadi pembangkang... kami tetap mahu memberi nasihat, kita bersatu dalam perkara yang sama dan tidak berpecah dalam perkara yang berbeza," katanya.
 
RUU itu bertujuan meminda Seksyen 2 akta itu bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam, dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1, Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.
 
Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.
 
 


Demikianlah Artikel PAS buka pintu kerjasama untuk pihak sealiran matlamat perjuangan parti - Hadi

Sekianlah artikel PAS buka pintu kerjasama untuk pihak sealiran matlamat perjuangan parti - Hadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS buka pintu kerjasama untuk pihak sealiran matlamat perjuangan parti - Hadi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/pas-buka-pintu-kerjasama-untuk-pihak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :