Tiada babak sentuhan bukan muhrim dalam BoBoiBoy - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada babak sentuhan bukan muhrim dalam BoBoiBoy, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Tiada babak sentuhan bukan muhrim dalam BoBoiBoylink :
Tiada babak sentuhan bukan muhrim dalam BoBoiBoy
Tiada babak sentuhan bukan muhrim dalam BoBoiBoy
Nadia Azam
Pihak produksi animasi popular BoBoiBoy, Animonsta Studios Sdn Bhd memberi penekanan terhadap babak bersentuhan bukan muhrim dalam siri terbaru bagi mengelak sensitiviti.
Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Nizam berkata, BoBoiBoy Galaxy tampil lebih peka agar dapat menjadi teladan kepada kanak-kanak yang menjadi penonton utama.
"Perbuatan itu dikhuatiri akan menjadi ikutan penonton cilik maka kami memastikan tiada langsung babak sebegitu dipamerkan," katanya.
Mohd Nizam ditemui pada sidang media pengumuman BoBoiBoy Galaxy di Kuala Lumpur hari ini.
Animasi Boboiboy Galaxy diterajui oleh lima karakter iaitu BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Fang dan Ying.
Boboiboy Galaxy dijadual tayangan pada 25 November depan di TV3.
Penggunaan bahasa
Menurutnya, selain itu Animonsta atau kini lebih dikenali sebagai Monsta turut menitikberatkan penggunaan bahasa dalam siri animasi musim terbaru itu.
Katanya, pihaknya belajar dari kesilapan terdahulu apabila terlepas pandang menggunakan perkataan "tak guna" dalam rancangan musim terdahulu.
"Saya akan memastikan pemeriksaan terhadap sesebuah naskhah sekurang-kurang dilakukan sebanyak 10 kali sebelum disiarkan.
"Walaupun perkataan 'tak guna' yang digunakan mungkin tidak memudaratkan, bagi kami perkataan itu kurang sesuai.
"Atas inisiatif mendidik, kami tidak mahu mengulangi kesilapan sama terutama apabila ada teguran dari ibu bapa," katanya.
Pada sidang itu juga, rancangan kesinambungan kepada siri program animasi 3D BoBoiBoy turut diumumkan membuat pembaharuan jenama.
"Perkataan Galaxy (digunakan) bermaksud pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawan diperluaskan hingga ke ruang angkasa lepas.
"Bentuk fizikal karakter juga diperbesarkan tiap kali mereka berlawan menentang musuh supaya dilihat bersesuaian dengan umur," katanya yang bakal memasarkan rancangan itu ke seluruh Asia.
Demikianlah Artikel Tiada babak sentuhan bukan muhrim dalam BoBoiBoy
Sekianlah artikel Tiada babak sentuhan bukan muhrim dalam BoBoiBoy kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiada babak sentuhan bukan muhrim dalam BoBoiBoy dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/tiada-babak-sentuhan-bukan-muhrim-dalam.html
Related Posts :
RUU 355 : Perkara itu belum dibahas macam mana nak sokong? - Mujahid
Hadi perlu jelaskan usul persendirian yang dibuat sebelum dilihat agama sebagai
bahan mainan politik semata-mata.
Ba… Read More...
Sidang media di SACC Shah Alam hari ini tiada kaitan Amanah SelangorMALAYSIA DATELINE
Jamzuri Ardani
Amanah Selangor hari ini menafikan terlibat dengan satu Sidang Media pada hari ini 6 Septem… Read More...
Amanah sokong RUU 355, jika perkasa Mahkamah Syariah 06 September 2016 | HAZAYANI ZAKARIA 0 Comments Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, isi kandungan usul tersebut perlu diperhalusiPengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, isi kandungan usul tersebut perlu diperhalusi Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong segala usaha memperkasakan Mahkamah Syariah namun memerlukan penjelasan yang terperinci berhubung usul yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ahli Parlimen Marang. Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, isi kandungan usul tersebut perlu diperhalusi dari semua segi sebelum mendapat sokongan Amanah. Beliau yang juga ahli Parlimen Shah Alam berkata, Amanah khuatir terhadap kemungkinan usaha yang ditaja sebagai memperkasakan Mahkamah Syariah mendatangkan kesan sebaliknya. “Amanah inginkan satu jawapan yang jelas dan tuntas dari YB Marang terhadap apa yang telah dikemukakan. Jangan diberi jawapan bersifat retorik semata-mata. “Sekiranya YB Marang tidak mampu memberikan penjelasan yang mantap dan kukuh, berhubung pindaan yang dicadangkan beliau, dikhuatiri cadangan pindaan ini akan dilihat sebagai ‘mainan politik’ semata-mata. Dan tiada yang lebih keji dari menjadikan agama bahan mainan politik,” katanya dalam sidang media di Wisma Amanah Negara di ibu negara hari ini. Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional Dr Siti Mariah Mahmud yang juga ahli Parlimen Kota Raja dan naib ketua Pemuda Amanah Nasional, Wan Anwar Wan Ibrahim. Khalid juga berkata, walaupun usul tersebut mempunyai tujuan “memperkasakan Mahkamah Syariah”, namun ia tidak menyentuh persoalan penambahan kadar hukuman secara jelas. Sebaliknya Hadi kata beliau, mencadangkan melalui Usul Persendirian beliau supaya keseluruhan seksyen 2 digantikan dengan seksyen 2 dan 2A yang dicadangkan beliau. Mengulas lanjut, beliau berkata, pengguguran keseluruhan seksyen 2 yang asal menambahkan kekeliruan terhadap niat dan tujuan di sebalik usul tersebut dan menimbulkan tuduhan wujudnya agenda tersembunyi. Selain itu ia juga menimbulkan kerisauan terhadap kemungkinan tafsiran yang berbagai terhadap seksyen 2 yang dicadangkan. “Keperluan ia digantikan keseluruhannya tidak dijelaskan. Adakah wujud cacat-cela pada perenggan pertama seksyen 2 seperti asalnya? Sekiranya ada, apa cacat celanya? Sekiranya hanya pertambahan hukuman diinginkan maka tidakkah ianya memadai untuk dipinda perenggan kedua Seksyen 2 sahaja?” soalnya. Seksyen 2A tidak menyebut bentuk dan had hukuman Menurut Khalid, melalui seksyen 2A, bentuk dan had hukuman yang boleh dikenakan mahkamah syariah kecuali “yang dibenarkan oleh undang-undang syariah selain dari hukuman mati”. “Apabila bentuk hukuman tidak ditetapkan maka adakah YB Marang bertujuan untuk membenarkan jenis hukuman selain penjara, denda dan rotan dijatuhkan mahkamah? Boleh YB Marang berikan contoh-contoh hukuman yang beliau ingin dikenakan terhadap pesalah jenayah syariah oleh Mahkamah Syariah?” soalnya lagi. Beliau menambah, seksyen 2A yang dicadangkan seolah-olah memberikan ‘blank cheque’ kepada Mahkamah Syariah dalam persoalan bentuk hukuman dan hadnya, selain hukuman mati. “Adakah ini yang diinginkan YB Marang dan sekiranya ya, maka harap dijelaskan mengapa. “Amanah ingin YB Marang menjelaskan sama ada implikasi ‘blank cheque’ ini difahami dan sama ada ini yang diinginkan YB Marang melalui pindaan ini?” katanya. Justeru tegasnya, selepas mendapat jawapan yang jelas daripada Hadi, Amanah akan menetapkan pendiriannya terhadap Usul Persendirian yang dibawa beliau. Sementara itu, Dr Siti Mariah yang mengetuai jawatankuasa pindaan RUU355 mendakwa banyak pihak yang keliru berhubung usul tersebut kerana tindakan membaca usul tanpa dibahas dan dijelaskan maksud dan tujuannya. Beliau berkata, kekeliruan itu disuarakan dalam beberapa program forum dan sidang meja bulat yang diadakan di seluruh negara selepas usul tersebut dibentangkan di Parlimen oleh Hadi. “Kekeliruan ini telah menyebabkan berlakunya ketakutan, kerisauan dan ketegangan di kalangan sebahagian masyarakat. Ada yang mendakwa ia berhubung perlaksnaan hudud di Kelantan; ada yang kata ianya tiada hubungan dengan soal hudud; ada yang kata ianya bercanggah dengan perlembagaan; ada yang kata sebaliknya,” katanya. Menurut beliau juga, kekeliruan ini telah menyebabkan adanya usaha mengutip sejuta tandatangan oleh Persatuan Hokkien, sebagai contoh dan ini pula menghasilkan laporan polis terhadap usaha Persatuan Hokkien oleh Geng Ustaz. “Amanah menganggap tindakan membaca usul berkenaan tanpa dibahasnya serta menangguhkan perbahasan selama lima bulan adalah satu tindakan yang bukan sahaja tidak berhemah tetapi tidak bertanggung-awab dan ‘reckless’ atau membahayakan. “Selain dari menghasilkan ketegangan ia adalah satu tindakan yang menyulitkan proses dakwah Islamiah dengan menghasilkan penentangan atas sebab kekeliruan,” katanya.HAZAYANI ZAKARIA
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, isi kandungan usul tersebut perlu diperhalusi
Parti Amana… Read More...
Setelah Kutip Berbillion RM Dari GST.. Masih Tak Cukup Duit Untuk Bina Hospital?
Hairan betul ni.. dulu semasa nak dipotong subsidi minyak kata Najib subsidi yang dipotong itu akan digunakan oleh Kerajaan untuk membantu… Read More...
Demo depan SUK desak serah air Kelantan kepada PusatMALAYSIA DATELINE
Mohd Shahbudin Hashim
Sekumpulan mendakwa kumpulan NGO Badan Bertindak Restorasi Air Kelantan (RESTORASI) … Read More...