Umno tidak pernah bincang kerjasama politik dengan Pas

Umno tidak pernah bincang kerjasama politik dengan Pas - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umno tidak pernah bincang kerjasama politik dengan Pas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umno tidak pernah bincang kerjasama politik dengan Pas
link : Umno tidak pernah bincang kerjasama politik dengan Pas

Baca juga


Umno tidak pernah bincang kerjasama politik dengan Pas

Bernama, 
zahid-hamidi 


KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno dan Pas tidak pernah berbincang mengenai kerjasama politik atau ‘tahaluf siyasi’.
Sebaliknya kedua-dua parti itu hanya berbincang tentang isu-isu yang menyentuh aspek kepentingan ummah.

Ahmad Zahid selaku Naib Presiden Umno yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden parti berkata, perbincangan itu lebih tertumpu kepada mencari titik persamaan termasuk dalam soal undang-undang yang melibatkan umat Islam.

“Tentang soal orang Islam, tentang soal isu-isu yang tidak terselesai yang harus didukung bersama dan saya fikir ini satu pendekatan yang baik oleh kepimpinan utama Pas (untuk berbincang),” katanya dalam temu bual dengan Bernama dalam program Ruang Bicara Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 yang akan disiarkan malam esok (26 November) menerui saluran televisyen Bernama News Channel (BNC).

Timbalan perdana menteri berkata, kepimpinan Islam dalam parti-parti politik serta organisasi lain juga perlu bersama-sama memainkan peranan dengan mengenepikan perbezaan pendapat atau pegangan politik demi mencapai titik persamaan.

“Saya fikir kematangan politik dilihat bukan hanya soal tahaluf siyasi, tetapi tentang soal keikhlasan kita menangani isu kepentingan sejagat dan kepentingan ummah keseluruhan berbanding kepentingan peribadi kita atau kepentingan sempit sesebuah organisasi itu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, proses konsultasi sering kali menjadi amalan beliau dengan melibatkan pelbagai pihak, sama ada kawan ataupun lawan, dalam menentukan kaedah terbaik bagi merungkai setiap permasalahan yang timbul.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan parti itu mempunyai hak untuk menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik termasuk Umno.

Abdul Hadi berkata kerjasama dengan Umno adalah lebih tertumpu kepada soal untuk menegakkan syiar Islam demi kepentingan umat Islam di negara ini dan jalinan itu bukan atas kepentingan politik.



Demikianlah Artikel Umno tidak pernah bincang kerjasama politik dengan Pas

Sekianlah artikel Umno tidak pernah bincang kerjasama politik dengan Pas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Umno tidak pernah bincang kerjasama politik dengan Pas dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/umno-tidak-pernah-bincang-kerjasama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :