Judul : Tahanan dijumpai tergantung dalam lokap tahanan reman
link : Tahanan dijumpai tergantung dalam lokap tahanan reman
Tahanan dijumpai tergantung dalam lokap tahanan reman
ANTARAPOS.COMJOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga tempatan yang ditahan atas tuduhan membunuh dua beranak di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram pada 21 September lalu, dijumpai mati tergantung di dalam lokap Pusat Tahanan Reman Ulu Choh, di Johor Bahru pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Noor Hashim Mohamad berkata R. Subramaniam ditemui tergantung di tingkap kecil bertinggian kira-kira tujuh kaki oleh Warden Penjara ketika membuat rondaan di Blok B pusat tahanan berkenaan kira-kira jam 3.06 pagi.
"Petugas itu dengan bantuan petugas lain segera membuka pintu sel berkenaan dan bertindak memotong kain yang digunakan untuk menggantung diri. Tahanan kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail sebelum disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 29 September lepas, Subramaniam, 20, dan rakannya, L. Uvaneswaran, 20, kedua-duanya penganggur, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh M. Mariayee, 56, dan anak perempuannya, C. Durga Devi, 17, di No 51, Jalan Beladau 40, Taman Puteri Wangsa, antara 10 pagi dan 11 pagi 21 September lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Demikianlah Artikel Tahanan dijumpai tergantung dalam lokap tahanan reman
Sekianlah artikel Tahanan dijumpai tergantung dalam lokap tahanan reman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tahanan dijumpai tergantung dalam lokap tahanan reman dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/12/tahanan-dijumpai-tergantung-dalam-lokap.html