Indonesia bantah AS, Najib masih diam? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Indonesia bantah AS, Najib masih diam?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Indonesia bantah AS, Najib masih diam?link :
Indonesia bantah AS, Najib masih diam?
Indonesia bantah AS, Najib masih diam?
ARIF ATAN
Tujuh negara dihuni majoriti penganut Islam disenarai hitam oleh Trump
Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengharamkan kemasukan rakyat dari tujuh negara majoriti Muslim dan pelarian ke negara itu telah mengundang bantahan Indonesia.
Negara yang memiliki penduduk Islam terbesar di dunia itu menyifatkan keputusan Presiden AS ke-45 itu sebagai “pemeriksaan ekstrem”.
Walaupun tidak termasuk daripada senarai terbabit, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata, negaranya kesal dengan arahan Trump pada 27 Januari lalu iaitu seminggu selepas beliau mengambil alih jawatan Presiden.
Trump pada Jumaat lalu, menggantung program kemasukan pelarian ke AS selama empat bulan serta menyekat kemasukan pelawat dari Syria dan enam negara majoriti Islam lain buat sementara iaitu Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.
Menurut Trump, perintah yang berkuatkuasa serta-merta itu bagi memastikan pengganas tidak berada di negaranya sekaligus melindungi rakyat AS daripada serangan pengganas.
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Zeid Ra’ad al Hussein melalui laman sosial Twitternya menganggap langkah Trump tersebut sebagai 'haram' serta membawa kemudaratan dan kesakitan kepada mereka terbabit.
Beliau dilapor berkata, sekatan 90 hari yang dikeluarkan Trump tidak menggunakan sumber yang betul dalam langkah memerangi jenayah keganasan bahkan diskriminasi atas kewarganegaraan semata-mata adalah dilarang sama sekali di bawah undang-undang hak asasi manusia.
Ekoran kemarahan larangan perjalanannya ke atas tujuh negara Islam itu juga hampir sejuta rakyat Britain menandatangani petisyen mendesak kerajaan supaya membatalkan kunjungan rasmi Trump ke negara itu termasuk mengadakan pertemuan dengan Ratu Elizabeth pada tahun ini.
Walau bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline setakat pagi ini mendapati kerajaan Malaysia sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahupun Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan bantahan rasmi berhubung arahan Trump itu.
Dalam perkembangan berkaitan, DAP melalui kempen #NoMuslimBan akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan AS di Jalan Tun Razak di ibu negara pada Jumaat (3 Februari) ini selepas solat Jumaat.
Demikianlah Artikel Indonesia bantah AS, Najib masih diam?
Sekianlah artikel Indonesia bantah AS, Najib masih diam? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Indonesia bantah AS, Najib masih diam? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/indonesia-bantah-as-najib-masih-diam.html
Related Posts :
PPBM tak perlu tunggu PAS, kata ZuhdiOleh Haizal Yatiran
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak perlu menunggu PAS dalam meneruskan hasr… Read More...
PPBM bincang keputusan sertai PH 13 Disember, kata MuhyiddinANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengadakan mesyuarat pada 13 Disember ini… Read More...
Apa salah Hadi hadir Himpunan Solidariti Rohingya?, soal PASOleh Azizul Osman
SHAH ALAM: Naib Presiden PAS Idris Ahmad menempelak tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan Pres… Read More...
Bekas peguam sultan Johor mahu pindah kes ke KL
Hafiz Yatim
Peguam Kamal Hisham Jaafar, yang berdepan beberapa pendakwaan pecah amanah dan pertuduhan bawah Akta … Read More...
Wira PERKASA rela berkhemah dengan Orang Asli Hari ini, 3:24 petang Hari ini, 4:22 petang Sebagai langkah membela nasib malang yang membelenggu Orang Asli di Hutan Simpan Balah di Kelantan, Wira PERKASA Malaysia menyatakan kesanggupan mereka untuk berkhemah bersama kaum minoriti itu. Janji itu dinyatakan Naib Ketua Wira PERKASA Malaysia, Mohamad Shahiran Safwan Che Mohd Asemari dalam kenyataanya hari ini. Katanya kesediaan itu dibuat selepas mereka melihat pendirian kerajaan Kelantan yang didakwanya terus menerus menafikan hak kaum Orang Asli di negeri itu. Mohamad Shahiran turut menggesa kerajaan Kelantan menghentikan menuduh bahawa bantahan Orang Asli itu berpunca daripada hasutan pihak luar. “Dekatilah mereka dan selamilah rasa sayang dan cinta mereka terhadap hutan yang menjadi tempat tinggal mereka turun temurun. Pilihlah, nak lindungi orang asli atau tauke balak? “Sekiranya mereka terus dibuli dan dihalang, kami sanggup berkhemah bersama kumpulan itu sehingga tuntutan mereka didengar oleh kerajaan Kelantan,” katanya. Sebelum ini, beberapa Orang Asli bertindak mempertahankan kawasan Hutan Simpan Balah di Gua Musang dengan mendirikan sekatan. Bagaimanapun sebahagian daripada mereka ditahan dan direman. Shahiran berkata pihaknya juga sanggup menyediakan khidmat peguam untuk Orang Asli terbabit jika nasib mereka terus tidak terbela. “Wira PERKASA mendesak kerajaan negeri Kelantan tidak lagi mengeluarkan lesen untuk kegiatan pembalakan di kawasan tanah adat Orang Asli,” katanya. Beliau berkata kerajaan Kelantan seharusnya bersimpati pada nasib yang menimpa Orang Asli, bukannya hanya kepada etnik Rohingya yang ditindas pihak berkuasa Myanmar. “Jika kerajaan Kelantan fikir mereka ada hak mutlak untuk memberi lesen pembalakan, Orang Asli pula ada hak terhadap tanah adat mereka. Ingat, Orang Asli juga diiktiraf dan dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia melalui Artikel 8(5)(c),” katanya. Difahamkan lebih 80 peratus aktiviti pembalakan dilakukan berhampiran petempatan Orang Asli. Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS) sebelum ini mendakwa pembalakan skala besar di kawasan terbabit memberi kesan kepada kira-kira 13,000 orang dan melibatkan 17 pos Orang Asli. Bukan itu saja, masyarakat Orang Asli di Kelantan turut mengancam untuk menolak kerajaan PAS dan Barisan Nasional jika hak mereka untuk mendapatkan tanah adat dan kawasan penempatan gagal diselesaikan.MALAYSIAKINI
Sebagai langkah membela nasib malang yang membelenggu Orang Asli di Hutan Simpan Balah di Kelantan, Wira PERKA… Read More...