Judul : PAS tidak amal politik 'kuku besi'
link : PAS tidak amal politik 'kuku besi'
PAS tidak amal politik 'kuku besi'
Oleh Shuhaniza Said
BANGI: PAS bukan mengamalkan pendekatan 'kuku besi' terhadap mana-mana parti yang ingin menjalinkan kerjasama dengan mereka, sebaliknya parti itu sekadar mempertahankan dasar perjuangan mereka selama ini.
"Parti lain kena faham sesebuah parti ditubuhkan kerana apa. Kalau mereka faham, itu bukan kuku besi. PAS ditubuhkan untuk memperjuangkan Islam.
"Adakah PKR, DAP dan PAN (Amanah) faham? Jadi, tak salah mereka (PAS) katakan, kalau tak mahu ikut kami, 'no way' (kerjasama). Sebab ini prinsip mereka.
"PAS adalah parti Islam se-Malaysia. Bukan PKR dan PAN (Amanah). Bukan kuku besi sebab itulah matlamat mereka, itulah parti mereka ditubuhkan atas dasar Islam," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Antarapos.
Azmin bertindak melabelkan PAS sebegitu selepas diminta mengulas kenyataan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mana-mana parti yang hendak bekerjasama perlu mengikut rentak politik mereka.
"Saya tak melihatnya sebagai kuku besi sebab dia (Hadi) orang yang berprinsip, orang yang memperjuangkan matlamat parti, itu saja," katanya lagi.
PAS kini hanya meneruskan tahaluf siyasi bersama PKR dalam pentadbiran Selangor selepas Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai DAP, terkubur pada 2015.
Dalam masa yang sama PAS menjalankan rundingan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun belum memberi kata muktamad untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun dengan pendirian PAS yang enggan mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah, selain sikap lantang Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kerap menghentam mereka, kemungkinan rundingan PAS-PPBM itu sukar untuk dijayakan.
Demikianlah Artikel PAS tidak amal politik 'kuku besi'
Sekianlah artikel PAS tidak amal politik 'kuku besi' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS tidak amal politik 'kuku besi' dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/pas-tidak-amal-politik-kuku-besi.html