Judul : Permukaan ais Antartika akan pecah
link : Permukaan ais Antartika akan pecah
Permukaan ais Antartika akan pecah
ANTARAPOS.COMANTARTIKA: Sepuluh peratus permukaan Antartika yang retak sejak Ogos akan pecah dan mencipta bongkah ais (iceberg) gergasi seluas 5,000 kilometer persegi.
Menurut laporan CNN, kawasan tersebut yang dikenali sebagai Larsen C terletak di barat Antartika.
Retak Larsen C mula-mula dikesan oleh pasukan penyelidik, Project Midas pada Ogos.
MIDAS juga melaporkan retak Larsen C semakin bertambah sebanyak 22 kilometer dalam tempoh enam bulan.
Pada Disember, retak Larsen C semakin teruk dan bertambah sebanyak 18 kilometer untuk tempoh sebulan.
"Apabila ia berpisah, Larsen C akan kehilangan lebih sepuluh peratus permukaannya dan mengubah landskap Antartika," kata Ketua Penyelidik Midas, Profesor Adrian Luckman.
Midas mengatakan, risiko untuk seluruh permukaan Larsen C untuk menjadi tidak stabil selepas berpecah adalah tinggi.
Midas bagaimanapun gagal mengaitkan peningkatan suhu dunia sebagai punca fenomena berkenaan.
Pada 2002, 'jiran' Larsen C, Larsen B berpecah dari permukaan utama dan menjadi serpihan kecil, manakala pada 1995 pula, Larsen A pecah pada kadar yang sama.
Demikianlah Artikel Permukaan ais Antartika akan pecah
Sekianlah artikel Permukaan ais Antartika akan pecah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Permukaan ais Antartika akan pecah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/permukaan-ais-antartika-akan-pecah.html