Judul : Tikus dalam mesin pemanas makanan kes terpencil, kata 7-Eleven
link : Tikus dalam mesin pemanas makanan kes terpencil, kata 7-Eleven
Tikus dalam mesin pemanas makanan kes terpencil, kata 7-Eleven
Langkah penambahbaikan sedang dilaksanakan agar kualiti dan kebersihan produk dan kemudahan mereka terus diyakini pengguna.
PETALING JAYA: Kejadian tikus yang ditemui dalam mesin pemanas makanan di cawangan rangkaian kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven, merupakan kes terpencil.
7-Eleven Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah penambahbaikan sedang dilaksanakan agar kualiti dan kebersihan produk dan kemudahan mereka terus diyakini pengguna.
“Kami telah mengadakan siasatan dalaman dengan segera dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Daerah Petaling.
“Kami ingin memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana kesabaran dan pemahaman anda sementara kami mengambil tindakan pembetulan lagi untuk mengelakkan kejadian seperti itu daripada berlaku lagi,” kata 7-Eleven menurut lapor Sinar Harian hari ini.
Penemuan tikus hidup dalam mesin pemanas di salah satu cawangan 7-Eleven di Petaling Jaya baru-baru ini hangat diperkatakan selepas gambar kejadian tersebar di media sosial.
Rangkaian kedai serbaneka popular itu menjual pelbagai jenis keperluan dan makanan, serta menyediakan mesin layan diri, yang popular dalam kalangan masyarakat bandar.
Dalam usaha meyakinkan pengguna, 7-Eleven berkata pihaknya mempunyai jaminan kualiti audit dan langkah kawalan serangga dan binatang perosak untuk mencegah kejadian itu.
“Keselamatan dan kesejahteraan pelanggan kami adalah amat penting kepada kami.
“Kami ingin menegaskan bahawa 7-Eleven Malaysia memastikan semua produk makanan kami adalah berkualiti tinggi dan dihasilkan secara bersih dalam kemudahan yang diluluskan dan yang telah diaudit,” katanya.
Demikianlah Artikel Tikus dalam mesin pemanas makanan kes terpencil, kata 7-Eleven
Sekianlah artikel Tikus dalam mesin pemanas makanan kes terpencil, kata 7-Eleven kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tikus dalam mesin pemanas makanan kes terpencil, kata 7-Eleven dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/tikus-dalam-mesin-pemanas-makanan-kes.html