Tunku Abdul Aziz Tipu Rupanya.. Mukhriz Nafi Ada Perjanjian Sulit Lantiknya Sebagai PM

Tunku Abdul Aziz Tipu Rupanya.. Mukhriz Nafi Ada Perjanjian Sulit Lantiknya Sebagai PM - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tunku Abdul Aziz Tipu Rupanya.. Mukhriz Nafi Ada Perjanjian Sulit Lantiknya Sebagai PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tunku Abdul Aziz Tipu Rupanya.. Mukhriz Nafi Ada Perjanjian Sulit Lantiknya Sebagai PM
link : Tunku Abdul Aziz Tipu Rupanya.. Mukhriz Nafi Ada Perjanjian Sulit Lantiknya Sebagai PM

Baca juga


Tunku Abdul Aziz Tipu Rupanya.. Mukhriz Nafi Ada Perjanjian Sulit Lantiknya Sebagai PM


Timbalan Presiden Parti Pertubuhan Pribumi Bersatu (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan terdapat penjanjian sulit antara bapanya dan Veteran DAP Lim Kit Siang untuk memilihnya sebagai perdana menteri.

Katanya kenyataan bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim itu sengaja dikeluarkan bagi mengelirukan rakyat tentang tujuan sebenar BERSATU dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Katanya, BERSATU hanya ingin menyelamatkan negara dan isu mengenai soal kepentingan peribadi tidak pernah timbul lapor, Sinar Harian.

“Sebelum ini perkara sama pernah dibangkitkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tunku Sharifuddin Tengku Ahmad dan saya telah mengambil tindakan saman ke atas beliau.

“Tindakan sebegini seolah-olah seperti memperlekehkan usaha BERSATU yang ingin menyelamatkan Malaysia,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Jumaat lalu Tunku Aziz mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim telah sepakat untuk memilih Mukhriz sebagai perdana menteri.

Tunku Aziz mendakwa berdasarkan perjanjian rahsia yang dibuat pada 3 Disember lalu, Lim pula akan dilantik ke jawatan timbalan perdana menteri jika HARAPAN memenangi pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut Mukhriz mencabar Tunku Aziz mendedahkan bukti dan sumber yang diperolehnya berhubung perkara itu.

Katanya, sekiranya Tunku Aziz gagal berbuat demikian, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman berhubung dakwaan fitnah tersebut.

“Saya tuan punya badan menafikan dakwaan itu dan beliau (Tunku Aziz) perlu mendedahkan siapakah pemberi maklumat tersebut.

“Kalau beliau tidak dedahkan saya akan mengambil tindakan undang-undang (saman) ke atasnya selepas ini,” beliau dilaporkan sebagai berkata menurut MalaysiaKini







Demikianlah Artikel Tunku Abdul Aziz Tipu Rupanya.. Mukhriz Nafi Ada Perjanjian Sulit Lantiknya Sebagai PM

Sekianlah artikel Tunku Abdul Aziz Tipu Rupanya.. Mukhriz Nafi Ada Perjanjian Sulit Lantiknya Sebagai PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tunku Abdul Aziz Tipu Rupanya.. Mukhriz Nafi Ada Perjanjian Sulit Lantiknya Sebagai PM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/tunku-abdul-aziz-tipu-rupanya-mukhriz.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :