Amanah terima jika PAS ubah fikiran tapi bersyarat

Amanah terima jika PAS ubah fikiran tapi bersyarat - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah terima jika PAS ubah fikiran tapi bersyarat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah terima jika PAS ubah fikiran tapi bersyarat
link : Amanah terima jika PAS ubah fikiran tapi bersyarat

Baca juga


Amanah terima jika PAS ubah fikiran tapi bersyarat

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah kekal bersikap terbuka sekiranya PAS 'mengubah fikiran' dan mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi mencapai prinsip satu lawan satu pada pilihan raya akan datang.
 
Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad bagaimanapun berkata, PAS perlu memberi satu tarikh akhir dan tidak boleh berterusan 'berdolak dalik' kerana ia menjejaskan persiapan pembangkang menghadapi pilihan raya.
 
"Amanah tidak membangkang, kita bersetuju untuk membuka seluas-luasnya kepada mereka.
 
"Kami PH tiada percanggahan apa-apa, kami bersetuju untuk beri seluas-luasnya ruang. Hanya tunggu tempoh saja.
 
"Apa-apa rundingan, mesti ada tarikh yang mesti kita buat satu keputusan. Pilihan raya boleh jadi seawal bulan 5 selepas parlimen, atau boleh jadi bulan 6, kita tak tahu. Mesti ada 'cut-off date'," katanya kepada Antarapos. 
 
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu menegaskan, perbincangan mengenai soal agihan kerusi perlu dibuat dengan teliti, justeru PAS diminta untuk memberi satu kepastian bagi melicinkan proses tersebut.   
 
"Kalau tiada cut-off date, macam mana kita nak putuskan kerusi. Sekarang PH dan Bersatu (PPBM) sudah empat parti, kita kena muktamadkan. Kalau PAS bersetuju, kena runding lagi dengan PAS. Dan perkara ini akan memakan masa, kita tak boleh buat perkara ini (agih kerusi) pada saat-saat akhir," katanya lagi.     
 
PH dan PPBM dilaporkan akan membincangkan pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) esok.
 
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini perbincangan itu melibatkan empat parti sahaja, iaitu parti-parti dalam komponen PH, dan juga PPBM. 
 
PH dan PPBM menandatangani perjanjian kerjasama politik pada 13 Disember lepas, yang bertujuan meletakkan satu calon mewakili gandingan itu pada pilihan raya akan datang.
 
Pada awal Februari lalu, PPBM mengadakan pertemuan dengan PAS bagi membincangkan rundingan ke arah menghadapi pilihan raya, namun sehingga kini tiada kata putus bersabit perkara tersebut.
  
Dalam pada itu, Raja Kamarul berkata, terserah kepada PAS untuk memuktamadkan keputusan sama ada mahu bersama PH dan PPBM, atau kekal dalam blok yang lain. 
 
"Tapi terpulang kepada mereka (PAS). 
 
"Masalahnya, ada banyak suara yang berbeza di sebelah sana. (Datuk) Tuan Ibrahim nampaknya nak runding, cuba berdialog dan berbincang tapi dalam masa yang sama Presiden mereka kata (PH) tidak perlu tunggu. Kita pun tak tahu bagaimana proses dalaman mereka," katanya lagi
 
 


Demikianlah Artikel Amanah terima jika PAS ubah fikiran tapi bersyarat

Sekianlah artikel Amanah terima jika PAS ubah fikiran tapi bersyarat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah terima jika PAS ubah fikiran tapi bersyarat dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/amanah-terima-jika-pas-ubah-fikiran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :