Judul : Chong Wei berang terlepas kejuaraan dunia, ugut keluar BAM
link : Chong Wei berang terlepas kejuaraan dunia, ugut keluar BAM
Chong Wei berang terlepas kejuaraan dunia, ugut keluar BAM
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei meluahkan rasa marah terhadap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang didakwa tidak mengendahkan aduan berkaitan pelapik lantai tempat latihannya, sehingga membuatkannya cedera dan terlepas kejuaraan dunia.
Jaguh badminton dunia itu berkata beliau hanya berdiam diri sebelum ini kerana hormat pada jurulatihnya Hendrawan (satu nama) yang meminta beliau bersabar.
“Sekarang saya sudah hilang sabar dan marah... jika tiada penyelesaian, saya keluar dari BAM,” ujar Chong Wei, lapor The Star.
Chong Wei terpaksa melupakan hasrat untuk menyertai kejohanan All-England di Birmingham, Mac depan selepas mengalami kecederaan ligamen koyak di lutut kiri.
Pemain 34 tahun itu dilapor tergelincir dan terjatuh ketika berlatih di gelanggang Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang menggunakan pelapik lantai baru.
Sementara itu, Chong Wei juga mendakwa Pengarah Teknikal BAM Morten Frost tidak mengendalikan kecederaannya dengan baik.
“Bukan tanya keadaan saya, dia sebaliknya tanya jurulatih saya sama ada saya patut bersara... kenapa?” katanya.
Frost enggan mengulas dakwaan itu ketika dihubungi harian itu.
Demikianlah Artikel Chong Wei berang terlepas kejuaraan dunia, ugut keluar BAM
Sekianlah artikel Chong Wei berang terlepas kejuaraan dunia, ugut keluar BAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Chong Wei berang terlepas kejuaraan dunia, ugut keluar BAM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/chong-wei-berang-terlepas-kejuaraan.html