Kesan agen saraf VX di KLIA2 diperiksa

Kesan agen saraf VX di KLIA2 diperiksa - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kesan agen saraf VX di KLIA2 diperiksa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kesan agen saraf VX di KLIA2 diperiksa
link : Kesan agen saraf VX di KLIA2 diperiksa

Baca juga


Kesan agen saraf VX di KLIA2 diperiksa

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SEPANG: Pihak berkuasa keselamatan nuklear dan radiasi diminta untuk memeriksa kesan agen saraf VX di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), lokasi di mana Kim Jong-nam dibunuh.
 
Bagaimanapun, orang ramai diberi jaminan bahawa lapangan terbang itu adalah selamat.
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mendedahkan bahawa agen saraf VX adalah bahan yang digunakan untuk membunuh Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un pada 13 Februari lalu.
 
Ia diklasifikasikan sebagai senjata kimia di bawah Konvensyen Senjata Kimia, di mana ia diharamkan pada 1993.
 
Khalid berkata kesan agen saraf VX mungkin masih ada di kawasan dua suspek wanita yang telah ditahan, mencalit muka Jong-nam dengan bahan kimia tersebut atau di beberapa lokasi lain.
 
"Kita bimbang tentang perkara ini tetapi saya bukan pakar, jadi kita akan mendapatkan pakar-pakar untuk buat pemeriksaan," katanya, merujuk kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.
 
"Kita akan meminta mereka memeriksa kawasan-kawasan yang mungkin mempunyai kesan bahan kimia itu," katanya kepada pemberita.
 
Khalid juga menjelaskan bahawa tiada keperluan untuk orang ramai menjauhi KLIA2 atau kawalan dibuat di kawasan tersebut.
 
"Biar kita periksa terlebih dahulu," katanya.
 
Khalid berkata polis sedang menyiasat bagaimana bahan kimia ini dibawa masuk ke negara ini.
 
"Tetapi jika jumlah sangat kecil, ia sukar untuk dikesan," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Kesan agen saraf VX di KLIA2 diperiksa

Sekianlah artikel Kesan agen saraf VX di KLIA2 diperiksa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kesan agen saraf VX di KLIA2 diperiksa dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/kesan-agen-saraf-vx-di-klia2-diperiksa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :