Menteri arah khidmat 'Dego Ride' henti serta-merta

Menteri arah khidmat 'Dego Ride' henti serta-merta - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri arah khidmat 'Dego Ride' henti serta-merta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri arah khidmat 'Dego Ride' henti serta-merta
link : Menteri arah khidmat 'Dego Ride' henti serta-merta

Baca juga


Menteri arah khidmat 'Dego Ride' henti serta-merta

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mengarahkan perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride dihentikan serta-merta atas faktor keselamatan.
 
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya juga tidak akan memberikan lesen operasi kepada pengendali perkhidmatan tersebut buat masa ini dan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih lagi beroperasi.
 
“Kita ada kuasa untuk mengawal perkara ini kerana ia melibatkan keselamatan yang terletak di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
 
“Kesalahan ini jelas kerana penunggang tidak boleh membawa orang awam dan mengutip bayaran. Jika ada unsur bayaran, ia satu kesalahan di bawah JPJ,” katanya ketika menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Wilayah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa, di sini hari ini.
 
Sebelum ini, Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron dilaporkan berkata Dego Ride menimbulkan kontroversi kerana tidak mempunyai permit sah, namun boleh terus beroperasi jika mendapat kebenaran SPAD.
 
Nadzri turut menasihati orang ramai tidak menggunakan perkhidmatan itu sehingga mendapat “lampu hijau” daripada SPAD.
 
Liow berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk menawarkan perkhidmatan itu.
 
“Kita faham ada orang awam yang menggunakannya kerana masalah kesesakan lalu lintas, namun ketika ini kita sedang meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam seperti LRT dan MRT untuk kesenangan semua,” katanya.
 
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride Nabil Feisal Bamadhaj sebelum ini dilaporkan mendakwa tiada peruntukan undang-undang yang menghalang mereka menawarkan perkhidmatan tersebut.
 
 


Demikianlah Artikel Menteri arah khidmat 'Dego Ride' henti serta-merta

Sekianlah artikel Menteri arah khidmat 'Dego Ride' henti serta-merta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri arah khidmat 'Dego Ride' henti serta-merta dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/menteri-arah-khidmat-dego-ride-henti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :