MPK rampas bendera pembangkang, 'petik' nama TMJ

MPK rampas bendera pembangkang, 'petik' nama TMJ - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MPK rampas bendera pembangkang, 'petik' nama TMJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MPK rampas bendera pembangkang, 'petik' nama TMJ
link : MPK rampas bendera pembangkang, 'petik' nama TMJ

Baca juga


MPK rampas bendera pembangkang, 'petik' nama TMJ

 

Majlis Perbandaran Kluang (MPK) awal pagi tadi mencabut dan merampas kain rentang serta bendera parti pembangkang di kawasan di mana Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memberikan ceramahnya malam ini.

Alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan itu ialah Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan melalui kawasan tersebut dan beliau berkemungkinan tidak suka melihat kain rentang dan bendera dipasang.

Bagaimanapun, barangan yang dirampas sekitar jam 2 pagi itu- yang terdiri daripada dua kain rentang dan 65 bendera- telah dikembalikan kepada pihak penganjur pada jam 11 pagi tadi.
Penganjur kemudian memasang semula bendera dan kain rentang berkenaan.

Selain Muhyiddin, ceramah pada malam ini akan menampilkan Ketua DAP Johor dan anggota parlimen Kluang Liew Chin Tong, Ketua PKR Johor, Hassan Karim dan Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub.

Ceramah berkenaan bertajuk 'Bicara Rakyat' akan diadakan di Pusat Komuniti Kluang DAP jam 8.30 malam.

Menurut laporan polis dibuat penyelaras BERSATU Kluang, Radzali Mohd Noor, pegawai MPK pada mulanya meminta pihak penganjur supaya membuka kain rentang dan bendera kira-kira jam 8.30 malam.

Namun, pihaknya meminta surat arahan yang didakwa daripada Yang Dipertua MPK agar kesemua bendera di kawasan berkenaan diturunkan.

"Arahan yang didakwa datangnya dari Yang Dipertua MPK mengarahkan agar bendera-bendera tersebut diturunkan dengan alasan kehadiran Tunku Mahkota Johor. Seperti yang disebut oleh pegawai MPK, (Tunku Ismail) akan melalui jalan tersebut yang kononnya mencacatkan pandangan Tunku seolah-olah Tunku tidak gemar melihatnya.

"Walhal Tunku Mahkota Johor sangat menyayangi rakyatnya dan berfikiran terbuka," kata Radzali dalam laporan polisnya.

Radzali kemudian mendakwa, pegawai penguatkuasa berkenaan gagal menunjukkan salinan surat arahan seperti yang dimintanya.

"Kami dari BERSATU Kluang, sebagai parti yang berdaftar secara sah merasa kesal seolah-olah ada arahan luar yang mengarahkan rampasan peralatan kami sehingga MPK seolah-olah diperalat oleh parti tertentu," kata laporan polis itu lagi.



Demikianlah Artikel MPK rampas bendera pembangkang, 'petik' nama TMJ

Sekianlah artikel MPK rampas bendera pembangkang, 'petik' nama TMJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MPK rampas bendera pembangkang, 'petik' nama TMJ dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/mpk-rampas-bendera-pembangkang-petik.html

Subscribe to receive free email updates: