Mufti: Boleh terima darah pemakan babi

Mufti: Boleh terima darah pemakan babi - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mufti: Boleh terima darah pemakan babi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mufti: Boleh terima darah pemakan babi
link : Mufti: Boleh terima darah pemakan babi

Baca juga


Mufti: Boleh terima darah pemakan babi

MALAYSIAKINI




Umat Islam boleh menerima darah daripada bukan Islam, walaupun penderma itu memakan makanan tidak halal seperti babi, kata mufti Wilayah Persekutuan.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata darah bukan lagi zat babi secara keseluruhannya, sebaliknya terbentuk daripada pelbagai nutrisi pelbagai makanan dan minuman.

“Justeru, kami katakan tidak menjadi kesalahan untuk menderma darah walaupun seseorang non-Muslim itu memakan makanan seperti khinzir,” kata Zulkifli.

“Sebaliknya, kami sarankan agar penderma darah diberi penghargaan dan sedikit keistimewaan agar kempen derma darah dapat disemarakkan d isamping bekalan darah negara sentiasa mencukupi bahkan melebihi paras biasa.”

Beliau juga memetik keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982 bahawa harus menderma darah dan tidak perlu pengasingan mengikut agama dibuat.

Beliau berkata demikian ketika memberi jawapan kepada persoalan penyanyi rap kontroversi Namewee yang membangkitkan persoalan derma darah dan organ bukan Islam.

Video 2.03 minit itu kini menjadi trending dan setakat berita ini ditulis sudah ditonton lebih 275,000 kali.
Mengulas soalan Namewee, Zulkifli menjelaskan tiada larangan memindahkan anggota seseorang bukan Islam kepada Islam.

“Hal ini kerana anggota seseorang itu tidak bersifat dengan Islam atau kufur, tetapi ia hanya alat yang digunakan oleh manusia untuk melaksanakan tuntutan akidah dan manhajnya dalam kehidupan,” katanya.

Bahkan, katanya, seluruh anggota, organ termasuk darah sentiasa bertasbih memuji dan sentiasa patuh kepada perintah Allah.

Untuk keterangan lanjut, katanya, ia telah dihuraikan panjang lebar dalam “Bayan Linnas” (penjelasan isu semasa) sebelum ini dan buku bertajuk Pemindahan dan Pendermaan Organ



Demikianlah Artikel Mufti: Boleh terima darah pemakan babi

Sekianlah artikel Mufti: Boleh terima darah pemakan babi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mufti: Boleh terima darah pemakan babi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/mufti-boleh-terima-darah-pemakan-babi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :